AKU

Ingin aku menabur budi
di bumi ini,
tapi tiada siapa yang sudi menerimanya
siapalah aku di hati mereka.
Tapi...
aku juga punya hati dan perasaan
seperti manusia lain
yang punya citarasa masing-masing
meskipun berbeza.


Kebaikan yang aku lakukan
tiada siapa persoalkan
meskipun bukan itu yang aku harapkan.
tapi sekali aku bersalah
sampai bila-bila ia akan dikenang,
dikata bahkan diketawa jua.
Aku umpama sehelai kain buruk
yang bila suka digunakan, ia digunakan,
bila tidak ia akan dilemparkan entah ke mana.


Mengapa aku disingkirkan
apakah kerana aku tidak sesempurna mereka
lantaran aku dibuat seenaknya,
malu menjadikan aku sebahagian daripada mereka,
Ah, persetankan dengan mereka.
Aku juga tidak mahu menjadi seperti mereka,
biarlah aku seperti aku,
tidak seperti mereka yang sebenarnya hipokrit.


Rintihan Kalbu:
Z A

Comments

Popular Posts