KEBENARAN
Petang mulai dinodai lewat lembayung
Kita masih di rimba ini
Masih menggali, menambang dan menggeladah
Dengan sisa kekuatan fizikal
Yang masih ada
Akan dicarai kebenaran yang belum terang sinarnya
Kerana mata nan dikaburi illusi.
Saudaraku
Usahlah gelisah
Sedarkan diri dengan ilmu yang esa
Robekkan paksaan jinjang iblis
Robekkan kejahatan
Ranapkan kepalsuan
Tujulah destinasi
Yang jitu kebenarannya
Yang persis kebaikannya
Yang peka pemikirannya
Walaupun terpaksa berbilang semula dari yang tunggal
Mengaji dari yang alif
Namun
jangan sekali-kali jejak lumpur
kaki terbenam.
Kebenaran itu hadir di mana-mana
Di rimba raya ini
Penuh dengan
Batang pusat pemikiran
Dahan keilmuan
Ranting pemerhatian
Daun kesedaran
Pucuk-pucuk akhlak
Yang ternanti-nanti kembangnya.
Sahabatku
Tika sore masih berbahang
Usah didinginkan batinmu dengan malam kejahilan
Usah dinodainya dengan selut dosa
Usah dihirisnya dengan kepalsuan
Jangan henti menyeksa peluh harapan
Jangan sekali-kali udara usaha berbaur kekecewaan.
Di belantara ilmu ini
Mengalirnya sungai kasih
Yang menyaliri bumi
Membatasi dunia yang hampir hilang kemanusiaannya
Yang akhirnya
Akan membentuk delta
Yang cukup subur lanarnya
Untuk memagari pemikiran kita
Untuk berbuat kebaikan
Untuk melihat kebenaran.
Jadi insan sempurna,
Manusia bebas daripada cengkaman kedekut
Seekaligus terlepas daripada sengsara
Lepas lelas daripada putaran roda derita
Kerana di belantara ini
Tersemai subur KEBENARAN.
S S 4S1
Kita masih di rimba ini
Masih menggali, menambang dan menggeladah
Dengan sisa kekuatan fizikal
Yang masih ada
Akan dicarai kebenaran yang belum terang sinarnya
Kerana mata nan dikaburi illusi.
Saudaraku
Usahlah gelisah
Sedarkan diri dengan ilmu yang esa
Robekkan paksaan jinjang iblis
Robekkan kejahatan
Ranapkan kepalsuan
Tujulah destinasi
Yang jitu kebenarannya
Yang persis kebaikannya
Yang peka pemikirannya
Walaupun terpaksa berbilang semula dari yang tunggal
Mengaji dari yang alif
Namun
jangan sekali-kali jejak lumpur
kaki terbenam.
Kebenaran itu hadir di mana-mana
Di rimba raya ini
Penuh dengan
Batang pusat pemikiran
Dahan keilmuan
Ranting pemerhatian
Daun kesedaran
Pucuk-pucuk akhlak
Yang ternanti-nanti kembangnya.
Sahabatku
Tika sore masih berbahang
Usah didinginkan batinmu dengan malam kejahilan
Usah dinodainya dengan selut dosa
Usah dihirisnya dengan kepalsuan
Jangan henti menyeksa peluh harapan
Jangan sekali-kali udara usaha berbaur kekecewaan.
Di belantara ilmu ini
Mengalirnya sungai kasih
Yang menyaliri bumi
Membatasi dunia yang hampir hilang kemanusiaannya
Yang akhirnya
Akan membentuk delta
Yang cukup subur lanarnya
Untuk memagari pemikiran kita
Untuk berbuat kebaikan
Untuk melihat kebenaran.
Jadi insan sempurna,
Manusia bebas daripada cengkaman kedekut
Seekaligus terlepas daripada sengsara
Lepas lelas daripada putaran roda derita
Kerana di belantara ini
Tersemai subur KEBENARAN.
S S 4S1
Comments
Post a Comment