ANUGERAH DARI KEGAGALAN
Kejayaan !
Ah ! Persetan dengannya. Aku sudah muak memikirkannya. Kulemparkan batu-batu kecil ke dalam laut. Deburan ombak tidak sehebat sewaktu aku mula-mual tiba tadi.
'Zima ! Zima ... !
Kuarahkan corong telingaku ke suara yang kian menghampiri tempatku.
'Ah ! Dia lagi, ' bisik hati kecilku.
'Mengapa dia seing menggangguku ?'
Aku secara bingkas dan menyorok di sebalik batu yang lebih besar dari tubuhku. Moga-moga dia tidak akan bersua denganku di sini. 'Mengapa aku lari darinya ? Adakah aku lari dari kenyataan ? Ah ! Mungkin ya, mungkin tidak, mungkin ya, mungkin ... ' Dalam aku berdebat dengan hatiku tiba-tiba...
'Hei !' Satu tepukan singgah di bahu belakangku. Bagai hendak runtuh jantung kurasakan disebabkan terperanjat. Aku menoleh ke arahnya.
'Apa lagi yang kau mahu dari aku' Aku tahu buat keputusan sendiri,' tanyaku sambil bercekak pinggang depannya dengan berani. Ada reaksi di air mukanya. Kukira inilah kali pertama aku berkasar dengannya. Timbul pula rasa kesal dihatiku.
Aku bergerak beberapa langkah menjauhinya apabila dia secara tiba-tiba memaut lenganku. Aku tersentak tetapi kumatikan diriku. Tiada protes kutunjukkan.
'Kita duduk dan berbincang O.K ? Kita selesaikan masalah kita supaya tidak berpanjangan. Kita berbicara sebagai seorang sahabat yang ingin melihat kejayaan yang disayanginya O.K ?
Imran menarik lenganku dan kami duduk di atas batu. Pohon rendang tempat kami berteduh ini sungguh nyaman kurasakan walau hatiku tidak senyuman suasana sekitarku. Dedaun dan reranting yang jatuh berselerakan kali ini kurasakan bagai hamparan permaindani. Sesekali bila ditiup angin bunyinya seakan alunan muzik merdu ciptaan Ilahi. Kucapai ranting usang dan mula mengaingais pasir laut yang melekat di kakiku.
'Zima', Imran memulakan bicara. Aku masih setia pada pekerjaanku sebentar tadi..
'Zima...', Imran bersuara sekali lagi. Kali ini lebih lembut. Aku terdiam kaku.
'Bukan hasrat Im untuk menentukan corak hidup Zima tapi Im mahu Zima berjaya di masa depan. Im menyuruh bukan memaksa, Im memberi pendapat dan maafkan Im kiranya Zima tidak bersetuju langsung dengan pendapat Im.'
Imran seolah-olah menunggu agar aku dapat meneruskan kata-katanya. Setelah tiada jawapan dia bersuara lagi.
'Zima, jangan putus asa andainya tawaran Zima untuk ke Universiti atau ITM ditolak. Im harap Zima tidak marah kalau Im katakan begini...Im sudah menduga lebih awal yang Zima tidak akan terpilih ke U atau ITM tapi...'
Kuarahkan mataku tepat ke matanya. Mata kami bertembung. Seakan ada perasaan yang ingin kuluahkan namun terhenti. Hatiku panas membara. Kutundukkan semula wajahku akan membiarkan dia meneruskan kata-katanya.
'Tapi melihatkan semangat Zima yang begitu kuat, Im menyerahkan saja pada takdir. Lebih berharap agar Zima dapat meneruskan persekolahan Zima ke Tingkatan Enam, sebab itulah Im lebih menggalakkan Zima ke Tingkatan Enam dan tidak ke U atau ITM. Kita akan satu sekolah dan akan pergi bersama, belajar bersama dan meneruskan perjuangan hingga ke S.T.P itulah harapan Im.
'Im,' aku bersuara setelah sejak tadi membisu. 'Zima marahkan Im sebab Im tidak memberi galakan pada Zima untuk melanjutkan pelajaran ke U atau ITM sebaliknya ke Tingkatan Enam seolah-olah Im mahu memaksa Zima untuk mengikut keputusan Im. Zima merajuk dengan tindakan Im dan tidak mahu lagi bersua dengan Im. Maafkan Zima ya Im, juga kekasaran Zima sebentar tadi.'
Aku memandang tepat ke matanya. Mata kami bertembung sekali lagi tetapi kali ini kurasakan lebih harmonis dari tadi.
'Im, kenapa Im tidak memohon ke U atau ITM sedangkan keputusan S.P.M Im jauh lebih baik dari Zima ?
Suasana membisu sebentar. Im tidak menyahut pertanyaanku sebaliknya melemparkan pandangannya jauh ke tengah laut biru. Kukira aku tahu jawapannya. Dapat kurasakan ada sebab lain mengapa Im tidak memggalakan aku ke U atau ITM, sebaliknya mengikut langkahnya ke Tingkatan Enam dan bersama-sama mengharungi cabaran hingga tibanya S.T.P. Nantilah, suatu hari akan kutanyakan hal ini padanya dan sementara itu akan kutawan S.T.P !
Ikan Emas L6A1

Comments
Post a Comment