PANTUN PERPISAHAN

Buat Haji Abdul Rafie bin Haji Mahat PJK
Pengetua Sekolah Tinggi Melaka 1985 - 1990


Pohon ara pohon ketapang
Mentari berkilau di pagi hari
Tuan umpama sebutir bintang
Sentiasa menerangi Sekolah Tinggi


Anak haruan hanyut di perigi
Anak itik mati beragan
Tujuh puluh bulan di Sekolah Tinggi
Tekun, gigih dan sabar jadi pegangan


Pak Haji menunggang kuda
Anak muda mabuk jenama
Anak isteri di rumah soal kedua
Sekolah, asrama, padang juga perhatian utama


Kenari terbang di tebing tinggi
Ikan sepat pandai menari
Berdedikasi, bersemangat waja, berhemah tinggi
Itulah sifat tuan Pengetua kami


Sarang tempua di dahan sena
Bulan mengambang menjelang senja
Jasamu tuan tiada bandingannya
Pembangunan Sekolah Tinggi bukti nyata


Hijau daun di pohon tinggi
Langit mendung hujan tak jadi
Lima tahun di Sekolah Tinggi
Pahit maung semua diharungi


Lapan belas dua enam sejarah pembukaan
Warisan sekolah sempurna diabadi
Ketrampilan pengurusan kebolehanmu tuan
Pingat Khidmat Cemerlang menjadi bukti


Bahan tenunan daru hulu
Dibawa mari pedangan Cina
Tuhan, limpahilah inayah-Mu
Buat Tuan Haji meneruskan perjuangannya


Hari Jumaat hari barkat
Encik Dollah bertemu Cik Nyonya
Jasamu tuan tak dapat disukat
Allah jua pengurnia ganjarannya


Salah khilaf kelemahan manusia
Hari lebaran berjabat tangan
Ampun dan maaf kami pinta
Makan minum harap dihalalkan.


Cetusan rasa
guru STM 281290

Comments

Popular Posts