SPM PENENTU SEGALANYA

Bila ku sebut ayatmu SPM,
kurasa seluruh alam tunduk memberi hormat kepadaku,
Lantas tanpa aku sangka, pintu harapan itu terbuka buatku.
Lalu aku berjalan menuju ke situ,
kuntuman mawar itu berterbangan di depanku.

Oh...begitu indahnya saat itu.
Tidak sia-sialah aku selama ini,
membuang sebahagian masaku demi mendapatkanmu.
sehingga sanggup aku damba segala keringat lalu demimu
SPM.
Saujana mata memandang,
kini aku bersama-sama hembusan bayu,
di atas menara gading ini, aku tarikan mata penaku untukku
coretkan azimat ini.

Ayuh ! Lantas, adikku.
Jika engkau ingin hidup sepertiku,
tanamkan azam dan tekad yang membara, untuk bersama-
sama di saat gemilang ini.
Justeru, kumpulkan segenap ilmu,
yang datang dari seorang guru,
sebelum terbenam mentari,
Andaikata kau ingin mengikut langkahku,
aku sanggup mengorbankan segala jiwaku,
demi melihat anak bangsaku berjaya bersama-sama diriku.
Tahukah kau adik-adikku betapa agungnya ilmu itu jika kau
benar-benar memanfaatkannya,
Kerana SPM itu penentu segalanya.

Putera STM
M F B. I @ Fazie
Ting 5

Comments

Popular Posts