HARI PENYAMPAIAN HADIAH 1997

Pada 23 Ogos 1997, Sekolah Tinggi Melaka telah meraikan pelajar-pelajar yang telah berjaya dan mencapai kecemerlangan di Dewan Sekolah. Hari Penyampaian Hadiah 1997 yang telah bermula pada pukul 3 petang dimulakan dengan ucapan GPK 1 Cikgu Hj. Md. Lasa dan diikuti dengan ucapan Yang Dipertua PIBG, En. Mohd. Jamal. Acara yang seterusnya ialah ucapan perasmian oleh Yang Berhormat Datuk Hj. Shariff dan selepas itu, bermulanya majlis penyampaian hadiah.

Tujuan diadakan Hari Penyampaian Hadiah ini adalah sebagai galakan dan simbol penghargaan kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya tidak kira dalam bidang ko-kurikulum mahupun akademik. Dorongan seperti ini diharapkan dapat memberi inisiatif kepada yang berjaya supaya terus maju ke hadapan dan kepada yang lain, supaya berusaha dengan lebin tekun lagi. Selepas berakhirnya upacara penyampaian hadiah, Mesyuarat Agung PIBG telah diadakan untuk para guru dan ibu bapa.

Comments

Popular Posts