DI SINI


Di sini


terukir suatu azam
bermulanya suatu perjuangan
menitis darah-darah merah
melimpah membasahi bumi merkah


di sini


pada bumi fana ini
rebah jiwa-jiwa sasa
cerca keboba naluri semasa
suku kaum membenci mula
nilai-nilai murni terungkai derai


di sini


batin-batin meronta
menegakkan cebis-cebis keagungan
wasisan-warisan tinggalan
pusaka berharga


di sini


runtuhnya kota pertiwi
tenggelam suatu nama
sejarah kehaungan di dada jua
bersama janji-janji wira
keangkuhan anak bangsa


di sini ... di sini segala-galanya baru bermula
sampai bila ?


K F H H 
L6A1

Comments

Popular Posts