Mengapa Ramai Pelajar Dari Luar Melaka Berminat

... berminat belajar di Sekolah Tinggi Melaka.

Kaji Selidik:


Pada bulan Ogos tahun 1993, ahli Sidang Redaksi telah menjalankan satu program Kaji Selidik kepada pelajar-pelajar yang bukan berasal dari Negeri Melaka tentang keinginan mereka untuk menuntut di Sekolah Tinggi Melaka.

Kaji Selidik ini telah dijalankan ke atas beberapa pelajar dari tingkatan 6 atas sastera 3 dan beberapa pelajar dari tingkatan 6 atas sains beta. Berdasarkan kepada jawapan-jawapan yang diterima didapati faktor yang terpenting membuatkan mereka mengenali Sekolah Tinggi Melaka dan seterusnya menuntut di sini adalah faktor kepopularannya di seluruh Malaysia.

Memang tidak dinafikan bahawa Sekolah Tinggi Melaka telah melahirkan ramai pelajar yang berjaya dalam bidang akademik mahupun dalam bidang sukan. Oleh kerana kepopular sekolah ini telah menyakin mereka bagi Sekolah Tinggi Melaka dapat memenuhi kehendak mereka sebagai seorang penuntut. Ini jelas dilihat daripada pengakuan yang diberikan oleh Saudara Muniandy yang berasal dari Bahau Negeri Sembilan. Beliau kini menuntut di tingkatan 6 atas.

Selian daripada faktor kepopularan Sekolah Tinggi Melaka, mereka juga berpendapat yang Sekolah Tinggi Melaka mempunyai satu barisan pendidikan yang begitu berpengalaman. Daripada pengakuan seorang pelajar tingkatan 6 atas Sains Beta iaitu Saudara Selvam yang juga berasal dari Negeri Sembilan juga mengatakan yang hanya pengajar Sekolah Tinggi Melaka adalah terbaik, berpengalaman dan dapat memahami masalah yang dihadapi oleh pelajar dan seterusnya cuba mengatasinya. Beliau, juga turut berkata yang Sekolah Tinggi Melaka mempunyai barisan guru-guru yang berwibawa, dedikasi dan peramah.

Mereka juga berpendapat yang Sekolah Tinggi mempunyai kemudahan-kemudahan yang tidak terdapat dikebanyakan sekolah seperti Pusat Sumber yang moden dilengkapi dengan air terjun, bilik profesional, bilik syarahan, makmal sains yang moden, bilik tayangan, sudut pelajar, kemudahan telefon dan lain-lain yang mana kemudahan tersebut akan melancarkan lagi proses pembelajaran. Menurut mereka juga, kemudahan-kemudahan tersebut akan menambahkan minat seseorang pelajar untuk berjaya dalam pelajarannya. Mereka juga berpendapat yang sistem pentadbiran sekolah yang teratur. Juga menimbulkan minat mereka untuk berusaha dengan gigih dalam pelajaran mereka.

Akhir sekali mereka juga berpendapat yang Sekolah Tinggi Melaka adalah satu-satunya sekolah di Melaka yang menawarkan pelbagai jenis sukan yang tidak terdapat di sekolah-sekolah lain. Antara sukan itu ialah hoki, kriket, tennis, squash dan renang. Semasa bersekolah di sini, mereka juga mempunyai peluang untuk menceburkan diri dalam bidang sukan tersebut. Justeru itu, secara tidak langsung dapat mengasah bakat mereka dalam bidang sukan.

Kesimpulannya, pelajar-pelajar ini berminat untuk bersekolah di Sekolah Tinggi Melaka kerana mereka percaya yang apa yang mereka kehendaki terdapat di Sekolah ini. Mereka juga menambah bahawa pelajar-pelajar di Sekolah ini adalah diantara yang teramai sekali berpeluang melanjutkan pelajaran ke Institusi pengajian tinggi tempatan.

R.M
F.O
A.Y

Comments

Popular Posts