SUNGAI

Oh ! Sungai
dulu kau syahdu dan murni
air jernih tiada sangsi
tumbuhan dan haiwan
banyak jadikanmu habitat
kau dimahkotakan
pembekal penyingkir
dahaga dan lapar.


Tapi kini
lantaran zaman nuklear
nan rakus
kau dicap
gedung sisa buangan
najis kilang tidak putus-putus
melusuhkan kekedusanmu
penghunimu kian susut
air berwarna pekat
bekalan mula tercemar


Wahai manusia ...
Kenapakan kaurela
mencabuli ciptaan tuhan
fikirkanlah natijah perbuatanmu
insafilah sebelum terlambat.


B a/l T
L6S Delta

Comments

Popular Posts