RUMAH FAMOSA

Mesyuarat kali pertama telah diadakan pada 1 Jan 1997. Dalam mesyuarat itu, ditetapkan tarikh untuk latihan rumah dan jumlah yuran tahunan yang perlu dibayar oleh semua ahli.

Rumah Famosa telah menyertai acara pertamanya dalam pertandingan perbahasan Bahasa Melayu di antara rumah yang disertai oleh empata pembahas handalan dari rumah ini. Keputusannya rumah Famosa telah mendapat tempat kedua.

Bagi acara merentas desa pula yang diadakan sebelum Hari Bandaraya Bersejerah, terdapat juga beberapa ahli rumah yang meraih kejayaan, diantaranya ialah Amy yang mendapat tempat ketujuh dan Tan yang mendapat tempat kesembilan dalam kategori wanita. Bagi kategori lelaki kelas satu pula Tan telah memenangi rumah ketujuh.

Seterusnya, satu kuiz yang diadakan oleh Persatuan Ekonomi telah diadakan di antara rumah. Rumah Famosa telah menghantar 4 orang peserta dan telah menjadi naib johan bagi kuiz tersebut.

Dalam acara sukan karnival yang berlangsung pada 16 Julai 1977 rumah Famosa telah menghantar semua perserta untuk menyertai semua acara yang dipertandingkan. Rumah ini telah memenangi banyak acara yang dipertandingkan iaitu:

Bola Tampar - tempat kedua.
Badminton - tempat pertama bagi kelas lelaki, tempat kedua bagi kelas perempuan.
Bola Sepak - tempat kedua bagi kelas dua dan satu lelaki.
Bola Keranjang - tempat pertama bagi lelaki kelas dua dan tiga serta kelas perempuan.
Hoki - tempat ketiga bagi kelas dua.
Tenis - tempat kedua.

Setiausaha

Comments

Popular Posts