Lawatan ke 'de Esmeralda

Pada 5.8.1993, satu rombongan terdiri daripada beberapa kelas 6 Rendah, 5 dan 1 telah mengadakan lawatan ke kapal perang Chile, 'Esmeralda'.

http://frankbaiamonte.blogspot.com
Kapal perang ini telah pun singgah di beberapa buah pelabuhan sebelum ini. Mereka bermula dari Valparaiso, iaitu pelabuhan utama Chile, Easter Island, Papeete, Honolulu, Tokyo, Pusan, Shanghai dan Melaka.

Selepas ini kapal ini akan belayar ke Pelabuhan Kelang, Lumut, Penang, Sidney, Wellington, Auckland dan kemudian singgah semula di Easter Island dan akhirnya ke tempat asal mereka, Valparaiso.

Kapal ini berangkat dari Chile pada 4 April 1993 dan dijangka tiba di Chile pada 14 November 1993. Kapal ini akan berada di laut selama 153 hari dan akan berada di pelabuhan selama 38 hari. Masa keseluruhan yang diambil ialah 191 hari. Kapal ini akan belayar sejauh 26.013 batu.

Kapal 'Esmeralda' ini sebenarnya adalah sebuah kapal di mana kelasi-kelasi menjalani latihan mereka. Ia lebih dikenali sebagai 'Training Ship Esmeralda' dalam bahasa Inggeris atau 'Buque Escuela Esmeralda' dalam bahasa Peranchis.



Krew kapal ini terdiri dari 327 orang. 21 daripada mereka merupakan 'officer', 37 'senior rating', 117 'junior  rating' atau kelasi dalam latihan, 84 'Midshipman in training' atau kelasi yang mengendalikan kapal dalam latihan dan 72 'Seaman Apprentices in training'.

Panjang kapal ini ialah 113 meter. Tiangnya yang tertinggi berukuran 13.11 meter. Lebar kapal ini ialah 8.67 meter. Isipadu kapal ini ialah 3.673 ton. Injinnya terdiri dari 1 disel, 6 selinder dan 2.000 hp. Kelajuan maksima yang dapat dicapainya ialah 9.5 knot. Manakala kawasan pelayarannya 2.870 meter persegi. Kelajuan maksima dengan menggunakan layar ialah 17.5.

Kapal ini dilengkapi dengan alat-alat serba moden seperti meriam, layar-layar raksasa, teleskop, bilik kawalan jauh, bilik Kapten, tmpat memudi, dapur, kabin-kabin, tempat istirehat, injin-injin canggih dan juga keperluan latihan kelasi-kelasi. Kapal ini mempunyai 4 tiang besar dan juga 3 layar besar serta 17 layar kecil. Kapal ini juga dilengkapi dengan bot-bot keselamatan.

Kapten kapal ini ialah Kapten Philip Cowan Brown dan beliau dibantu oleh beberapa orang pegawai. Kelasi-kelasi di atas kapal ini dapat dikenali tugas mereka melalui lencana mereka. Kami telah menemuramah salah seorang daripada krew kapal ini. Beliau seorang ahli muzik yang bermain trompet.

Menurutnya, beliau menyertai 'Armada de Chile semasa berusia 17 tahun selepas menamatkan pendidikan basicnya. Seorang lagi yang telah ditemuramah merupakan seorang jurutera di bahagian injin kapal ini. Beliau menyertai 'Armada de Chile' semasa beliau berusia 16 tahun. Kini beliau ttelah berkhidmat selama 5 tahun di atas kapal ini. Seorang lagi berusia 19 tahun, lulusan kolej dan merupakan seorang pelajar kejuruteraan.

http://www.sapphireoflondon.org
Mereka menunjukkan kami sekelilingan kapal dan kami mengambil beberapa gambar kenang-kenangan bersama mereka. Mereka juga memberitahu kami serba sedikit tentang kehidupan di Chile. Orang-orang Chile berasal dari Sepanyol dan mereka bertutur dalam bahasa Sepanyol. Matawang mereka ialah Peso. Menurut mereka, 1 Peso bersamaan 4 sen Malaysia. Mereka juga mengatakan cara hidup di Malaysia lehih tinggi berbanding di Chile.

Krew-krew kapal ini juga mengatakan bahawa orang-orang Melaka sangat peramah. Menurut mereka juga, Melaka merupakan sebuah negeri yang indah, cantik dan penuh dengan benda-benda baru yang tidak pernah mereka lihat sebelum ini.

Sebelum meninggalkan kapal perang itu, kami diberi sebuah cenderamata untuk kenang-kenangan. Lawatan kami ke kapal perang ini merupakan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan kerana kami bukan sahaja dapat melihat sebuah kapal perang dari luar negara malah cara hidup tentera laut dari negara itu.

Disediakan oleh:
G R

Comments

Popular Posts