Konsert 'The Perfect Coalesce'

Tahun 1991 merupakan tahun yang paling istimewa. Impian untuk mengadakan sebuah konsert menjadi kenyataan. Konsert yang diadakan pada 8 Jun 1991 adalah saat yang dinanti-nantikan sejak beberapa tahun yang lalu. Hal ini kerana banyak tenaga dan masa diperlukan untuk menjayakan konsert ini.

Tahun ini juga merupakan ulang tahun kelima pergabungan antara pancaragam Sekolah Tinggi Melaka dengan Sekolah Menengah Canossa Convent Melaka. 'The Perfect Coalesce' adalah nama yang paling sesuai dan cocok dipilih untuk melambangkan pergabungan yang telah lama dan kukuh. Kedua-dua pancaragam ini menghadapi berbagai-bagai cabaran dan telah mengharungi dengan penuh tabah dalam usaha menyelesaikan masalah-masalah itu. Oleh itu, konsert ini tentulah amat bermakna terutamayna bagi ahli-ahli Tingkatan Lima yang telah lama berkhidmat untuk pancaragam ini.  Konsert ini akan menjadi kenangan manis bukan sahaja di kalangan ahli pancaragam, malah kepada pihak sekolah dan para penonton konsert pada malam itu.

"A Night Of Remembrance" sememangnya akan tetap menjadi kenangan.

Malam tersebut telah diserikan lagi kerana konsert 'The Perfect Coalesce.........A Night Of Remembrance' telah dirasmikan oleh dua orang tetamu Kehormat iaitu Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Melaka dan Datuk Gan Boon Leong. Sambutan yang hangat diterima daripada para hadirin terutamanya Tuan Pengetua yang telah memberikan ucapan yang memberangsangkan, malah, Pancaragam Sekolah Menengah Paduka Tuan, Segamat dan jurulatih-jurulatih pancaragam dari negeri lain turut serta untuk menyaksikan persembahan ini. Hal ini sememangnya suatu yang di luar dugaan.

Lagu-lagu yang didendangkan bukanlah mudah didapati dan kebanyakannya datang dari negara Singapura. Lagu-lagu tersebut adalah:-

Part Street Celebration
Prime Time
Earth Born
Say You Say Me
Brookpark
Pacific Grandeur
Careless Clyde
The Last Waltz
Malaguena
Centuria
Friday Night Fever
March Of The Centurions

Persembahan telah dipimpin oleh bekas Ketua Pancaragam 1990, .......

......selanjutnya di Optimist.

Comments

Popular Posts