BEGINIKAH AKHIRNYA ...

Hujan semakin lebat. Angin semakin kencang, pelita minyak tanah yang menemaninya padam. Tiba-tiba kedengaran seperti benda jatuh. Terdengar suara Tok Wan mengerang kesakitan. Tok Wan terjatuh rupanya. Keadaan gelap-gelita membuatkan penglihatan Tok Wan yang kabur menjadi lebih kabur. Didalam gelap itulah Tok Wan cuba mencari kotak mancis untuk menyalakan semula pelita yang terpadam. Tangan Tok Wan meraba-raba mencarinya tetapi gagal. Semasa iitulah dia teringatkan anaknya, Farid, ya Farid anak tunggalnya yang telah menghilangkan diri sejak sepuluh tahun yang lalu. Tangan Tok Wan terus meraba-raba di dalam gelap itu. Rumahnya yang telah usang itu terasa bagaikan melayang dan berterbangan ketika angin bertiup dengan kuatnya. Tok Wan hanya dapat bertawakal saja. Tiba-tiba Tok Wan terasa seperti ada sesuatu yang sedang merayap di kakinya. Dia menepis-nepis tangannya ke arah benda yang merayap di kakinya itu.

"Oh ! tikus rupanya," getus hati kecil Tok Wan. Di luar, hujan masih turun dengan lebatnya. Dalam keadaan begini, Tok Wan terkenangkan suami yang telah meninggal dunia lebih kurang tiga tahun yang lalu. Tiada apa yang ditinggalkan oleh arwah suaminya kecuali rumah yang usang ini. Tiba-tiba Tok Wan berasa sedih lalu menangis.

"Kalaulah Tok Wan masih hidup, aku takkan melarat begini." Cetus hati kecilnya lagi. Kemudian dia teringatkan Limah dan Sudin.

(.......... daun tingkap yang ditutup rapat siang tadi kini sedang berlaga sesama sendiri bagaikan dihempas-hempaskan oleh sesuatu.............)


Sepasang suami isteri itulah yang memberinya makan dan minum setiap hari walaupun mereka tidaklah sekaya mana. Tok Wan terus berhenti dari mencari mancis api tadi, biarlah keadaan rumah ini gelap sampai ke pagi, fikirnya lagi.

"Dulu aku mempunyai anak tetapi di manakah dia, ..................hidupkah dia..............hanya tuhan saja yang mengetahuinya. Tiba-tiba hujan mula reda kembali turun dengan lebatnya. Angin malam yang berhembus dengan lembut sebelumnya, kini menjadi ganas. Daun tingkap yang ditutup rapat siang tadi kini sedang berlaga sesama sendiri bagaikan dihempas-hempaskan oleh sesuatu. Tok Wan kembali gelisah. Hatinya tidak tentu arah. Rasa ingin saja dia berlari ke rumah Limah tapi apakan daya, keadaannya tidak mengizinkan. Badannya telah terlalu tua untuk dia berlari dan kakinya masih sakit lagi kesan dari kemalangan yang menimpakan tadi. Dalam keadaan yang membimbangkan itu, tiba-tiba Tok Wan terdengar seakan-akan bunyu pokok patah. Ingatan Tok Wan terus kepada pokok durian yang ada di tepi rumahnya.

"Ya, Allah ! .......... Pokok durian tua nak tumbang !" cemas sungguh suara Tok Wan kali ini. Dengan saki baki tenaga yang ada tertinggal pada saat itu Tok Wan cuba untuk menyelamatkan dirinya. Kakinya yang terseliuh itu dikuatkannya juga berlari.

Tiba-tiba .............. "Eeeekkk .......... roooom ............... ," Tok Wan tidak sempat menyelamatkan dirinya. Pokok durian tua itu tumbang dan menhempap rumahnya terlalu usang itu. Tok Wan yang masih ada di ruang tengah rumahnya telah dihempap dahan pokok durian tua itu.

Tok Wan terdengar suara orang riuh-rendah di luar rumahnya. Terdengar suara Sudin melaungkan-laungkan namanya. Kepalanya terasa sakit. Penglihatannya terus kelam dan akhirnya gelap.

R M L6A1

Comments

Popular Posts