RENJER PUTERI

Jumlah ahli tetap sama iaitu 32 orang. Majlis perlantikan ahli jawaatankuasa baru telah diadakan pada 24 Jun 1997.


Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang sese 1996/1997-


1 Sambutan Hari Belia telah diadakan di Mahkota Parade pada 22 Mei 1996 dan persatuan kami telah disuruh untuk menyediakan satu kaunter pameran di Mahkota Parade. Barang-barang dan hal-hal yang berkaitan dengan kegiatan kepanduan telah dipamerkan.


2 Pada 24 dan 25 Mei 1996, beberapa orang ahli telah berkhidmat di Sekolah Menengah Gajah Berang dan Sekolah Tinggi Melaka sempena Temasya Sukan Peringkat Negeri dan Perlawanan Bola Sepak Peringkat Negeri masing-masing di sekolah tersebut.


3 Pada 3 Februari 1997, kami telah menjual dan mengedarkan 'dedication' sempena Sambutan Tahun Baru Cina dan Hari Raya Aidilfitri.


4 Pada 2 Mac 1997, 9 orang ahli telah berkumpul di Mahkota Parade untuk menghadiri satu seminar yang bertajuk 'Missing Person'.


5 Sekolah kami dipilih sebagai tempat untuk meraikan Hari Peringatan. Guru-guru dan pelajar-pelajar dari sekolah lain turut dijemput untuk hadir ke sambutan ini. Kami telah mengaturkan satu majlis yang ringkas.


.. lebih lanjutnya di Optimist ..

Comments

Popular Posts