SERUAN TAUBAT
http://www.likecool.com |
Kali pertama aku didatangi oleh lelaki itu ialah setelah tujuh hari ibuku kembali ke rahmatullah. Ayahku sudah lama meninggal dunia. Lelaki itu datang kepadaku lalu meminpin tanganku dan membawaku ke suatu tempat yang penuh dengan pokok buah-buahan. Aku disuruh mengambil dan merasa seta memakan buah-buahan yang aku kehendaki.. Aku jadi bingung tetapi entah bagaimana tanganku dengan serta-merta memetik beberapa biji buah dan dengan rakus memakannya. Rasanya tidak terkira sekali sedapnya sehingga tidak dapat lagi aku bayangkan. Sedang aku leka menikmati buah-buahan itu, lelaki itu bertanya, "Kau maju ke sini lagi ?", suaranya sungguh lembut dan aku hanya mengangguk dan tersenyum. "Kalau kau mahu ke sini lagi, bertaubatlah, buangkanlah segala kekotoran dan dekatkan dirimu kepada Allah." Aku hanya mengangguk sahaja dan kemudian aku dihantar pulang. Kemudian barulah aku tersedar bahawa aku sedang bermimpi sebentar tadi.
http://sagechapel.org |
Buat petama kalinya aku berasa seram sejuk memikirkan mimpiku itu kerana ia ada kaitan dengan mimipiku yang semalam. Yang menghairankanku ialah ayat terakhir yang diucapkan oleh lelaki itu ialah "Kembalilah ke jalan Allah dan dekatkan dirimu kepada-Nya". Aku mencari-cari jalan kenapakah lelaki itu berkata demikian setiap kali ketika hendak berpisah denganku. Mimpiku yang ini juga kutinggalkan tanpa sebarang jawapan. Pada malam berikutnya, aku tidur lebih awal dari biasa kerana terlalu letih.
Entah berapa lama aku telah terlena, tidak kuketahui. Aku dikejutkan dengan berbagai bunyi suara meminta tolong dari berbagai arah. Nadanya sungguh sayu sekali. Aku terpinga-pinga dan kemudian kelihatan sesusuk tubuh datang menghampiriku. Orang ini tidak pernah kukenali. Mukanya menampakkan rasa marah yang telah lama terpendam dihati. Aku dibawa mengelilingi suatu kawasan yang sangat luar biasa. Di sinilah bermula adegan yang sungguh menakutkan sekali. Kelihatan di suatu sudut beberapa orang manusia sedang memakan bangkai. Keadaan ini sungguh berbeza dengan yang kutemui di taman tempoh hari. Aku meneruskan perjalanan dan kelihatan beberapa orang manusia sedang menggunting lidah mereka tanpa henti. Di suatu sudut yang lain kelihatan beberapa orang perempuan yang sedang digantung menggunakan rambutnya yang panjang manakala api yang marak sedang sambar menyambar dan menjilat tubuh mereka di sana-sini kedengaran suara jeritan, tangisan, dan berbagai-bagai lagi yang sangat-sangat menakutkan dan mengerikan. aku menoleh ke belakang dan mendapati bahawa lelaki itu sudah tiada lagi. Aku semakin panik dan teru berlari ke mana sahaja yang dibawa oleh kakiku. Aku menjerit-jerit apabila tidak menemui jalan keluar. Tiba-tiba pandanganku menjadi kabur dan selepas itu aku tidak tahu lagi apa yang berlaku.
Sebentar kemudian aku membuka mata dan mendapati diriku sedang bergelimpangan di atas katil. Bantal dan selimutku habis bertaburan di lantai. Seketika kemudian kedengaran suara yang membisik di telingku yang menyatakan bahawa sekiranya aku tidak mahu mengalami peristiwa itu, aku hendaklah membuang segala tabiat burukku dan kembali ke jalan Allah. Barulah aku sedari bahawa dunia sedang menuju ke hari kehancurannya. Bila tiba detik itu, semua makhluk Allah akan hancur tanpa ada yang terselamat. Kemudian manusia dibangkitkan kembali dan dihimpunkan di padang mahsyar. Bagi mereka yang baik amalannya, mereka kelihatan tenang. Manakala bagi mereka yang engkar, masing-masing berada di dalam keadaan takut dengan matahari berada sejengkal di atas kepala sehingga mendidhkan otak. Ketika itu juga manusia berenang-renang di dalam lautan peluh masing-masing. Semuanya dialami sebelum tiba waktu pengiraan masing-masing. Kemudian manusia akan dihantarkan ke tempat pembalasan masing-masing di mana mereka yang beramal salih akan ke syurga dan yang ingkar ke neraka. Semua itu telah digambarkan di dalam al-Quran sebagai amaran kepada manusia sejagat. Aku jadi semakin bimbang kerana selama ini diriku seing berada di dalam lembah kehinaan, maksiat dan berbagai lagi. Tikar sembahyang jarang kukucupi, puasa tak pernah kulakuan apalgai zakat.
Akhirnya tiimbullah kesedaran di hatiku bahawa segala apa yang dilakukan oleh manusia akan dibalas sama ada baik atau sebaliknya walaupun sebesar zarah. Semuanya telah dinyatakan di dalam al-Quran menerusi Surah Al-Zalzalah ayat 7 -8. Airmataku berlinang bila mengingati bahawa betapa ruginya usiaku selama ini disia-siakan di jalan kemurkaan. Lamunanku terhenti apabila erti azan subuh dilaungkan dari masjid yang berdekataan dengan rumahku. Barulah aku mengenali erti azan sebenarnya. Aku bergegas membongkar almari mencari semula dimanakah letaknya kain pelikat, sejadah dan kitab al-Quran. Mujurlah kesemuanya masih elok belaka. Setelah berwuduk aku pun menunaikan solat subu. Terasa begitu tenang sekali sesudah solat. Itulah kesedarn yang sejati dan insya-Allah taubat yang sebenarnya akan muncul jau.
Z b A
5S2
Comments
Post a Comment