Usik Mengusik Kelas 5 KGS Sek Tinngi

Salam sejahtera
pembuka bicara,
Buat semua para pembaca,
Cerita ini 5 KGS yang punya,
Buat tatapan untuk semua.

Kamu semua baik belaka,
14 melayu, 1 India dan 1 cina,
Bila buah kecoh tak ingat dunia,
Tanpa menghirau cikgu yang ada.

Berwajah ayu bertudung orangnya,
Puan Lyza itulah namanya,
5 KGS empunya ibunda,
Orangnya cantik dan manis pula.

Rahimi monitor kelas kami,
Orangnya macho dan segak sekali,
Atlet olahraga di sekolah kami,
Marilah lumba kalau berani.

Assistant kami itu tanggungjawabnya,
Nak kata tegas tak la juga,
Pantang dipuji kembanglah dia.

Rambutnya lurus kemas sentiasa,
Orangnya tinggi pandai bergaya,
Time ekonomi paling dia suka,
Itulah Taufiq empunya nama.

Buat lawak semua ketawa,
Menjadi penghibur duka dan lara,
Kalau merepek dialah juara,
Tapi Nazlan still the best Joker.

Big Giant gelaran diberi,
Orangnya besar tak berapa tinggi,
Tunggal cina di kelas kami,
Iutlah William naik motor RG.

Budak asrama malacca high school,
Bab sains sukan memang dia tak suka,
Apabila ditanya buat mukea ~slumber~,
Itulah Syazzwan 'cool' budaknya.

Hafiz nama abah yang bagi,
Orangnya hensem sayang dah ada buah hati,
Kadang-kadang tu belajar sambil menyanyi,
Fuyoo........bestnya macam Mawi.

Ini budak brutal katanya,
Buat bising memangla hobinya,
Kalau ketawa tak ingat dunia,
Itulah Arif Din yang Rock orangnya.

Orangnya pendiam sukar berkata-kata,
Bukannya sombong tapi gile-gile,
Bercita-cita menjadi jurutera,
Itulah Faiz macam takde.

Orangnya kacak dikalangan india,
Mukanya macam filem hindustan,
Orang panggil namanya Siva,
Kalau ketawa macam setan.

Arif Hadi tampan orangnya,
Suka tidur tak kira masa,
Kena marah muka toyaaaa,
Itulah perangai sukar dihindarinya.

Time study tekun bukan main,
Time ketawa sakan habis,
Moodnya sentiasa lain-lain,
Itulah Hasraf yang manis.

Ikhwan nama diberi,
Gelaran 'JaWorld' sesuai sekali,
Pelajar harapan di kelas kami,
Kadang-kadang menyakitkan hati.

Nampak pendiam itulah orangnya,
Kalau dah kenal kecoh juga,
Fadli atuk bagi nama,
Sergent PKBM tegas orangnya.

Duduk di bahagian belakang sekali,
Orangnya sporting pandai mengambil hati,
Ingin mencari teman di hati,
Itulah Shifi nama diberi.

Budak baru dikelas kami,
Duduk di bahagian depan sekali,
Permainan hoki amat diminati,
Naim nama pengganti diri.

Wahai rakyat 5 KGS semua,
Jangan marah nanti cepat tua,
Usik mengusik ini gurauan saja,
Buat kenangan di hari tua.

Pelajaran kami susah sekali,
Cikgu sentiasa mendorong kami,
Kejayaan SPM sangat beerti,
9 A 1 dalam tangan kami.

Izinkan saya mengundur diri,
Kisah 5 KGS berakhir di sini,
Tahun hadapan tak dapat jumpa lagi,
Sebab kami semua masuk universiti.

dicipta oleh s s

Comments

Popular Posts