Bintang Harapan - Hoki

Berminat bermain hoki sejak dari sekolah rendah lagi. Beliau mewakili Sekolah Tinggi dan negeri Melaka pada tahun 1986 hingga 1998. Di peringkat sekolah, beliau berjaya membantu pasukan sekolah menjadi johan negeri sebanyak dua kali. Dia menonjolkan dirinya sebagai hoki sekolah yang berbakat.

Beliau mendapat dorongan daripada ibu bapanya dan guru-guru sekolah. Dalam permainan, posisi yang diminatinya ialah di bahagian penyerang. Beliau memwakili negeri pada tahun 1987 iaitu dalam kejohanan MSSM bawah umur 21 tahun. Beliau berjaya membantu negeri Melaka dalam Sukan Jemputan Hoki Singapura 'Esso Cup' dengan mendapat tempat pertama. Pada tahun 1987, beliau telah berjaya membantu sekolahnya menjadi Naib Johan dalam pertandingan Juara-Juara Sekolah Malaysia di Kuala Lumpur.

Kelincahan dan gaya permainannya yang baik menyebabkan beliau terpilih mewakili pasukan remaja kebangsaan. Perasaannya sungguh gembira, kerana tidak terlintas di fikirannya untuk mewakili Malaysia. Beliau telah bermain di Eropah dalam Kejohanan Hoki Jemputan empat negara.




Comments

Popular Posts