Ahli-ahli jawatankuasa bagi sesi 1995/1996 telah mengambil alih pucuk pimpinan dengan rasminya pada 14 April 1995.

Persatuan kami yang patuh akan Motto "EHI PASSIKIO" merupakan satu persatuan untuk penganut-penganut Agama Buddha di sekolah ini yang ingin memahami, mempelajari dan juga mengamalkan ajaran ini.

Objektif kami ialah;

* menyatukan semua penganut agama Buddha di sekolah.
* menerapkan ajaran-ajaran Buddha kepada ahli-ahli melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
* mengajar penganut-penganut agama Buddha supaya memahami ajaran-ajarannya.
* membina insan yang berakhlak mulia dan mempunyai nilai-nilai murni.
* menyediakan asas kepimpinan untuk ahli-ahli jawatankuasa.

"Dharma Talk" diberikan kepada ahli-ahli semasa perjumpaan mingguan dan Bro. P. Maniam adalah juga dijemput untuk "Dharma Talk".

Aktiviti-aktiviti luar sekolah juga kami bergiat dan diantaranya ialah :-

* "Leadership Camp" di Seck Kia Eenh pada 30 Mei hingga 1 Jun 1995.
* Kehadiran dalam perarakan sempena Hari Wesak pada 14 Mei 1995.

selanjutnya di Optimist

Comments

Popular Posts