SAYANORA
http://ere4s3r.deviantart.com/art/Space-Ship-50967278 |
Di bawah pimpinan kapten Tadaki Yoshida dari Jepun dan dibantu oleh Komander Zieglar dari Jerman, anggota kapal ini berjaya menjalankan misi-misi mereka dengan cekap dan berkesan. Beamstar meluncur gagah.
"Kapten, kita telah melepasi ruangan Draco 10 dan kini akan memasuki Zon Neutral. Mengikut laporan komputer terdapat sebuah kapal angkasa lebih kurang 4000 km dari Beamstar," kata Mejar Premanathan.
"Dapatkan pandangan lengkap kapal itu dengan segera, kemungkinan kapal itu kapal Trigan," ujar Kapten Tadaki.
Trigan merupakan satu puak dari Planet Trigo yang terletak di Draco 11. Puak ini memang gemar menyerang kapal lain tanpa sebab dan merampas harta mereka. Komputer jelas menunjukkan sebuah kapal menuju terus ke arah mereka pada had laju yang membahayakan. Kapten Tadaki menyuruh agar gambar itu diperbesarkan. Sekali...Dua kali...Tiga kali dan empat kali. Pandangan kapal itu jelas kelihatan. Leftenan Khalid dari Arab Bersatu diarahkan untuk mendapatkan maklumat struktur kapal tersebut. Lambang singa berkepala dua jelas kelihatan pada sisi kapal tersebut. Ternyata kapal tersebut adalah kapal angkasa Trigan !
Di dalam keadaan yang serba cemas itu, Executive Keselamatan mereka Rizy Oetzi dari Artik cuba menghubungi kapal Trigan tetapi jawapan yang diterima adalah negatif. Tiba-tiba sahaja kapal angkasa Trigan menaikkan perisai keselamatan mereka dan melepaskan tembakan Phaser. Tepat sekali tembakan, Proton Pack utama Beamstar telah hancur sama sekali. Beamsatar hanya mampu berlegar-legar di angkasa. Tembakan demi tembakan dilepaskan namun Rizy Oetzi berjaya menaikkan perisai pertahanan Beamstar.
"Serang," jerit Tadaki. Beliau sungguh geram melihat tindakan Trigan yang membuta tuli itu.
"Proton Pack kita musnah dan untuk memperbaikinya perlu 4 hingga 5 jam," Leftenan Pravin mengingatkan Tadaki. Beliau adalah jurutera utama Beamstar.
"Lancarkan kapal kedua sekarang juga. Aku tak mahu kita mati tak melawan !" Tadaki bersuara lantang. Mulutnya tak habis-habis memaki-hamun puak Trigan.
"Risikonya amat tinggi kapten. Kemungkinan Proton Pack kedua akan musnah juga," Pravin menasihati ketuanya. Dia tahu benar sifat kaptennya yang cepat panas boron. Darah samurailah nak dikatakan.
"Ikut aje perintah aku," kata Tadaki. Dia semakin menggila. Rasanya kalau Pravin berada berdekatan dengannya dah tentu ditumbuknya sepuas hati.
"Baiklah kalau itu perintah tuan," Pravin berkata sambil beredar. Di bilik kejuruteraan, Pravin sibuk mempersiapkan kapal Beamstar 2 yang mana saiznya cuma 7/20 daripada Beamstar 1. Selepas persiapan Leftenan Pravin kembali ke Bilik Kawalan Utama untuk memberitahu Tadaki. Tembakan Trigan semakin hebat. Proton Pack 1 dan Bilik Ujian Sains 13 hancur sama sekali.
"Kapten, Beamstar 2 telah siap cuma ..." Pravin tidak berani meneruskan kata-katanya apatah lagi 'mood' ieglar komander kapal bagi pihak Tadaki.
"Tiada kuasa yang cukup untuk dilancarkan," kata Pravin sambil memandan wajah Zieglar dan Tadaki silih berganti.
"Gunakan cas simpanan Beamstar dengan segera," Tadaki berkata penuh semangat.
Tiba-tiba Beamstar menerima panggilan dari Trigan. Kapten Trigan, Roffa memberi amaran untuk membunuh dan mendesak Tadaki menyerah diri.
"Sekali-kali tidak Roffa ! Kami akan berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir," Tadaki memutuskan hubungan dan bergegas menuju ke bilik kejuruteraan. Beliau mengarahkan Leftenan Jamsari Alias seorang pemuda yang berjiwa dinamis dan radikal untuk menerbangi kapal itu.
Zoooom ! Kapal berlepas keluar dan serentak itu semua sumber cahaya Beamstar 1 padam. Kapal bergegar dan perisai keselamatan musnha. Beamstar 1 terapung-apung di angkasa.
Sementara itu Leftenan Jamsari mula mengatur strategi menyerang. Dia sedar nyawa 4500 rakan-rakannya bergantung kepada dirinya semata-mata. Beamstar 2 meluncur laju ke arah kapal Trigan. Anak-anak kapal Trigan, terkejut melihat sebuah kapal angkasa muncul secara tiba-tiba di hadapan mereka. Leftenan Jamsari melepaskan tembakan 'Anti-BX-Tegnus' iaitu sejenis virus yang boleh melumpuhkan komputer dan perisai apa jenis pun. Virus ini juga berkemampuan mencairkan sebaran jenis logam tidak lebih daripada 545.91m.
Dalam sekelip mata tembakan Trigan terhenti. Kapal mereka cair sedikit demi sedikit. Jamsari menembak tak berhenti-henti. Hatinya kini tiada belas kasihan. "Jahanam kau Trigan," Jamsari merampus marah. "Rasakan kelazatan ini pula." ujarnya sambil melepaskan tembakan 'electro-phaser'.
Di dalam Beamstar 1, Pravin sibuk membaiki Proton Pack 1. "Hanya perlu gabungkan atom plutonium kepada molekul Uranium," bisiknya kepada Gregory Jurutera 2.
Seluruh kapal Beamstar terang-benderang. Tenaganya telah pulih. Proton Pack 1 telah berjaya diperbaiki. Tadaki tersenyum kegembiraan melihat kapal Trigan cair sedikit demi sedikit. Leftenan Jamsari diarahkan kembali ke kapal induk. Beamstar 1 sekali lagi menerima panggilan dari Trigan. Suara panggilan hanya sayup-sayup sahaja akibat serangan virus. Kapten Roffa merayu agar diselamatkan nyawanya dan lima orang anak kapalnya.
Tadaki tidak mengendahkan rayuan itu malah beliau mengarahkan agar kapal Trigan terus diserang. Atas nasihat Komander Zieglar, Kaunseler T.F Chee dan Mejar Premanathan beliau membatalkan rancangnya. Beamstar meluncur meninggalkan kapal Trigan dan memasuki Draco 12. Di dalam hati Tadaki tersemat satu perasaan puas. Beliau memandang kapal Trigan yang sayup-sayup kelihatan.
"SAYANORA," Tadaki berkata sendirian.
A R b A K
Comments
Post a Comment