Jambori Malaysia ke 5

Lima orang pengakap telah menghadiri Jambori Malaysia ke 5 di Kota Bharu dari 11hb hingga 17hb April, 1982. Satu platun pengakap putera telah mengambil bahagian dalam perbarisan sempena menyambut ulangtahun Hari Keputeraan Tuan Yang Di Petua Negeri Melaka pada tahun yang sama, 1982. Pengakap Putera dan Pengakap telah membantu dalam upacara Sukan Tahunan Sekolah yang ke 133. Pengakap Putera telah mengadakan perjumpaan dengan kumpulan-kumpulan dari sekolah lain seperti CHIJ, MGSS, dan SMTT untuk mengeratkan lagi perhubungan di antara kumpulan. Pengakap Kelana telah mengecat semula Wisma Pengakap.

Kem latihan telah diadakan di Pantai Kundor dari 16hb hingga 19hb April 1982 dan telah dihadiri dari 32 orang Pengakap dan 20 orang Pengakap Putera. Berbagai latihan telah diadakan untuk melatih pengakap-pengakap ini. Satu kursus pertolongan cemas telah diselenggarakan oleh Persatuan Bulan Sabit Merah. Terdapat juga latihan lain yang diajar seperti kawad dan cara-cara hidup di dalam hutan. Pengakap-pengakap yang tamat menjalani kursus telah diberi Sijil Penyertaan.

Disamping gerakerja-gerakerja khas yang disebut di atas, perjumpaan mingguan juga diadakan untuk setiap troop. Aktivit-aktiviti memasak, mempelajari cara-cara pertolongan cemas dan ikatan-ikatan tali serta lain-lain aktiviti pengakap diadakan.

Keahlian pada 1982 ialah seperti berikut;

Pengakap (Ting 1 ke 3) 90 orang.
Pengakap Putera (Ting 4 dan 5) 35 orang.
Pengakap Kelana (Ting 6) 28 orang.

Comments

Popular Posts