Lawatan Sambil Belajar ke Palace of Justice 5.9.2006
http://knowingkl.wordpress.com |
Kami bertolak dari sekolah ke Palace of Justice pada pukul 7 pagi dengan menaiki bas kebanggaan kami. Selepas 2 jam 30 minit, kami tiba di Palace of Justice, kami didedahkan dengan sistem kehakiman di Malaysia melalui satu pertunjukan slaid. Kemudian, kami dibawa ke Kamar Ketua Hakim Negara, Hakim Besar Malaya, dan Hakim Besar Sabah-Sarawak, Muzium Kehakiman Undang-Undang Perpustakaan, 'Balai Polis bawah tanah' dan lokap tahanan sementara untuk banduan-banduan. Kami dapat menimba banyak maklumat mengenai sistem kehakiman yang terkini dan juga sistem kehakiman pada masa dahulu.
Selepas beberapa jam di Palace of Justice, kami mula bertolak ke destinasi kedua iaitu Parlimen. Di Parlimen, kami diberikan peluang untuk menyaksikan persidangan Dewan Rakyat. Kumpulan kami diberikan peluang keemasan untuk menyaksikan Persidangan perbincangan mengenai Bajet 2006. Di dalam Dewan Rakyat, kami berpeluang mendengar hujah-hujah daripada Menteri bahagian Larut, Menteri bahagian Bintulu dan sebagainya mengenai pembatalan yuran peperiksaan. Kami juga dibawa ke Dewan Negara dan diberikan sedikit penjelasan mengenai Parlimen.
Seterusnya, rombongan kami telah bertolak ke ....
...bersambung di Optimist.
Comments
Post a Comment