A former Teacher of MHS


En KY Tan seorang guru yang peramah, suka bergurau, rajin, menghormati rakan sekerja dan dihormati oleh para pelajar. Beliau mula berkhidmat sebagai guru pada 11.1.1954. Perkhidmatan beliau di Sekolah Tinggi bermula pada 1.1.1980 sehingga 19.10.1988. Beliau gembira berkhidmat di sekolah ini kerana merasakan sebagai sebahagian daripada ahli keluarga Sekolah Tinggi.

Isteri Encik Tan juga seorang guru dan mempunyai 5 orang anak. Empat daripadanya menuntut di sekolah ini dan dua orang anak laki-lakinya pernah menjadi pelajar terbaik di peringkat M.C.E.

Sepanjang perkhidmatan di Sekolah Tinggi, beliau menjadi guru penasihat bagi pasukan pengakap, ping pong, kelab kebudayaan Tionghua, kelab kebun, kelab senilukis dan sebagai guru disiplin.

Beliau dapati kebanyakan para pelajar di sekolah ini menunjukkan minat yang mendalam dalam setiap aktiviti sehingga mereka perolehi berbagai-bagai kejayaan dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum. Nasihat beliau kepada para pelajar agar menggunakan segala kemudahan yang ada sekolah ini untuk masa depan mereka dan jadikan diri anda sentiasa 'berharga'.

Akhir kata, beliau mengucapakan ribuan kasih kepada semua murid dan guru yang telah membantu beliau dalam semua lapangan, khususnya Tuan Pengetua, Haji Abdul Rafie. Semoga keluarga STM sentiasa berjaya.


Kata-kata bekas guru yang telah bersara.

Muka Surat 23 Isu ke 67 Malajah The Optimist


Comments

Popular Posts