Persatuan Senifoto STM 1984



Jawatankuasa ini telah mengambil alih pada bulan Jun. Sambutan murid-murid terhadap persatuan ini amat baik terutamanya murid-murid Tingkatan 6. Ahli-ahli baru diajar cara-cara mengambil gambar, dan juga diberi latihan dalam kaedah-kaedah memproses filem.


Pada oertengahan Julai, pengambilan gambar tahunan sekolah telah dijalankan dengan lancarnya. Selain dari itu, persatuan ini telah mengambil pada Hari sukan Tahunan, Hari Guru, Hari Ucapan dan Penyampaian Hadian.
Cadangan memperolehi sebuah ‘enlarger’ baru untuk melengkapi bilik gelap dibatalkan kerana kosnya.
Sebaliknya, sebuah flash dan ‘tripod stand’ telah dibeli.


Akhir sekali, jawatankuasa ini ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terimakasih kepada guru penasihat, En. Fo diatas kerjasama dan bimbingan yang telah diberikan.



Muka Surat 68, 63th Issue Optimist 1984.

Comments

Popular Posts