Perutusan Dari Sidang Redaksi Optimist 1983



Tahun 1983 sudah pun meninggalkan kita. Majalah 'Optimist 83' adalah satu perkara silam. Kini tibalah giliran sidang redaksi majalah 'Optimist 84' untuk memberi anda satu majalah sekolah yang baru. 'Baru' yand dimaksudkan bukanlah satu majalah yang lain dari tahun-tahun lepas, tetapi hanya majalah kali ini mendapat beberapa perubahan.


Majalah sekolah diibaratkan sebagai satu nukleus yang memaparkan segala pencapaian serta kegiatan sekolah mahu pun dari segi akademik atau pun ko-kurikulum. Walaupun kebanyakan sekolah-sekolah menerbitkan majalah mereka dua tahun sekali tetapi kami di Sekolah Tinggi Melaka masih lagi dapat mengekalkan imej dan tradisi sekolah dengan menerbitkan majalah tahunan. Setakat ini sudah ada 62 buah majalah dalam simpanan kami. Sekolah ini bersyukur kerana terdapat seorang pelajar yang ternama iaitu mendiang Tun Tan Cheng Lock yang memulakan tradisi ini.


Penerbitan majalah bukanlah setakat hendak menunjukkan kepada orang ramai bahawa kita masih lagi berpegang kepada tradisi tetapi ia adalah satu tempat untuk memupuk bakat serta semangat kerjasama diantara pelajar-pelajar dan guru-guru. Walaupun sidang redaksi menempuh berbagai rintangan untuk membentuk majalah ini. Tetapi disebabkan usaha gigih setengah-setengah ahli sidang redaksi ini maka wujud majalah sekolah kaili ke 63 ini.


Bagai hari-hari yang lalu,
Laut mana yang tidak bergelombang'
Bumi mana yang tidak ditimpa hujan,
Begitu juga dengan sidang redaksi,
Maaf dupinta kalau terkasar bahasa,
Maaf dipinta kalau tersalah kata,
'Meliora Hic Sequamur'


Muka Surat 3 Majalah The Optimist ke 63, 1984

Comments

Popular Posts