Tabung Biasiswa Tan Sri Abdullah Salleh


Tabung Biasiswa Tan Sri Abdullah Salleh telah di asaskan secara rasmi sebagai sebuah institusi biasiswa pada 10hb. Januari 1979. Tabung ini dinamakan Tabung Tan Sri Abdullah Salleh sebagai penghormatan terhadap seorang putera kandung Sekolah Tinggi Melaka, YB Tan Sri Abdullah Salleh ,bekas Yang Dipertua MAHSOPA Wilayah Pwrsekutuan/Selangor. Beliau telah menjadi nadi dan tenaga penggerak di sebalik segala aktiviti MAHSOPA.

Tabung diasakan dengan objektif-objektif murni,

  • Untuk mrnbekalkan atau membantu pelajar-pelajar Sekolah Tinggi Melaka dalam bentuk kewangan atau cara lain.
  • Untuk meningkatkan taraf pendidikan di Sekolah Tinggi Melaka dalam semua bidang.
  • Untuk mengekalkan tradisi kecemerlangan akademik Sekolah Tinggi Melaka.
Tabung ini diuruskan oleh sebuah Lembaga Amanah yang diberi kuasa untuk menganugerahkan biasiswa-biasiswa, "grant pelajaran", subsidi, hadiah-hadiah atau anugerah lain yang difikirkan sesuai oleh Lembaga.

Walaupun Tabung ini diasaskan dalam tahun 1979 namun MAHSOPA sudah pun memberikan bantuan dalam tahun 1977 dan 1978 untuk pelajar-pelajar yang kurang bernasib baik. Mulai tahun 1979 bantuan ini diberikan kepada pelajar-pelajar Tingkatan 5 dan 6 untuk membayar yuran peperiksaan. MAHSOPA juga pernah menghulurkan bantuan untuk membeli pakaian, kasut dsn cermin mata bagi pelajar-pelajar miskin.

MAHSOPA telah maju selangkah lagi untuk menawarkan biasiswa kepada bekas pelajar Sekolah Tinggi Melaka yang sedang melanjutkan pelajaran di Universiti tempatan. Sambutan pelajar terhadap biasiswa ini amat membanggakan.

Semoga penerima-penerima biasiswa ini dan bekas pelajar-pelajar Sekolah Tinggi Melaka yang diaemaikan dengan "Meliora Hic Sequamur" akan membantu memantapkan Tabung Tan Sri Abdullah Salleh dengan apa sahaja sumbangan ikhlas.

Muka surat 75 72th issue 1993

Comments

Popular Posts