Ketua Sidang Optimist SMK Tinggi Melaka 1993
Salam Daripada
Ketua Sidang Redaksi
Majalah Optimist 1993
Bersyukur kerana kita dapat menerbitkan lagi Majalah Optimist kali yang ke 72. Semestinya dalam usaha untuk menerbitkan Majalah seumpama ini, kerjasama dan perpaduan yang erat di antara semua ahli anggota Sidang Redaksi merupakan faktor utama bagi mencapai perspektif keluarannya yang lebih berkuality dan bermutu.
Sekolah Tinggi Melaka adalah sebuah sekolah yang terulung di Melaka dan kaya dengan seni dan budaya warisannya yang tersendiri. Kejayaan demi kejayaan mahupun dalam bidang akademik dan kokurikulum telah dicapai. Perkara ini disebabkan kerana wujudnya kerjasama yang erat di antara pihak sekolah dengan pelajar-pelajar.
Dalam mengharungi dunia yang penuh dengan cabaran dan menuju ke arah WAWASAN 2020, pelajaran tidak harus bertumpu dalam sekolah sahaja tetapi ia harus bersifat global. Para pelajar seharusnya mempunyai sikap terbuka, sabar dan bersungguh-sungguh untuk memperolehi kejayaan dalam semua aspek mahupun pendidikan ataupun kehidupan.
Sebelum saya mengundurkan diri, saya mewakili seluruh anggota Sidang Redaksi menegaskan bahawa untuk mencapai satu perspektif keluaran majalah yang lebih berkualiti, kerjasama antara anggota sidang dan semua pelajar sekolah, guru-guru adalah penting untuk mencapai matlamat tersebut.
Sesungguhnya, sebagai manusai biasa, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Oleh itu, sekiranya terdapat sebarang kesilapan dalam majalah keluaran tahun ini, amat kami kesali.
Salam hormat daripada seluruh anggota Sidang Redaksi untuk semua ahli keluarga Sekolah Tinggi Melaka.
Meliora Hic Sequamor
Sini Terdidikanya Manusia
Ketua Editor 1993/1994
R. M
Muka Surat 7
Isu ke 72 Majalah The Optimist 1993.
Comments
Post a Comment