Jasamu Dikenang, En. Yusof



Dilahirkan di Muar, beliau dibesarkan dalam keluarga petani.Bapanya Tn. Haji Ahmad dan ibunya Hajah Maimunah. Beliau merupakan anak kedua daripada enam orang adik-beradik yang terdiri daripada empat perempuan dan dua orang lelaki. Beliau telahpun bertemu jodoh dengan Pn. Safiah, seorang pensyarah Politeknik Merlimau, Melaka, pada tahun 1981.


Beliau dikurniakan dengan tiga cahaya mata yang terdiri daripada tiga orang putera, Syahir, Fadhil dan Farid.


En Yusof berpendidikan di sekolah rendah, Abdullah Primary School, Sg. Mati, Muar dari tahun 1960 sehingga tahun 1965. Beliau berlanjut persekolahan menengah di Pei Hwa National Type Secondary School dari tahun 1966 sehingga tahun 1970. Kemudian, dari tahun 1971 ke tahun 1972, beliau bertuntut di Sekolah Tinggi Muar.


En. Yusof menjalani latihan perguruan di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim antara 1974 dan 1975 dalam opsyen Geografi/Bahasa Melayu.


Beliau memperolehi jurusan Sains Kemanusiaan dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada 1977 dan jurusan Sains Pengurusan dari Univwrsiti Utara Malaysia.


En. YUSOF pernah berkhidmat di;


  • SMK Mansor Shah, Tampin
  • SMK Muzaffar Syah
  • SMK Tun Tuah
  • SMK Durian Daun
  • SMK Tinggi Melaka
  • SMK Dang Anum

Anugerah beliau terima ialah SSB (Melintang) 1994


Muaka Surat 96 85th edition The Optimist 2006

Comments

Popular Posts