Bekas Guru SMK Tinggi Melaka


Terlebih dahulu saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Sidang Redaksi malalah The Optimist kerana memberi peluang kepada saya menulis sepatah dua kata untuk dimuatkan ke dalam pernerbitan tahun 1998.

Tahun 1968 merupakan tahun pertama saya melibatkan diri saya sebagai salah seorang guru di Sekolah Tinggi Melaka. Saya telah bertugas selama 21 tahun di bawah lima orang pengetua sehingga pertukaran saya ke Sekolah Ghafar Baba, Masjid Tanah pada bulan April tahun 1998 sebagai Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid.

Selama saya berada di sekolah ini, saya tidak sekalipun mengalami situasi yang mendukacitakan. Suasana sekolah adalah sentiasa riang. Rakan-rakan sejawat saya bukan sahaja telah memberi kerjasama mereka tetapi mereka telah membantu saya dalam keadaan-keadaan tertentu. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana kerjasama mereka yang telah diberi.

Sekolah Tinggi Melaka adalah salah sebuah sekolah yang tertua dan penuh dengan tradisi-tradisi yang boleh dibanggakan. Oleh kerana itu, bukan senang menjadi ahli keluarga sekolah ini. ★

Saya jyga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Pengetua Sekolah Tinggi Melaka Tn. Hj. Abd. Rafie bin Hj. Mahat bagi segala nasihat dan tunjukajar beliau. Beliau juga memberi penuh keyakinan kepada saya semasa menjalankan tugas saya di sekolah.

Akhirnya, saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Pengetua, guru-guru dan murid-murid Sekolah Tinggi Melaka yang telah berjaya menerbitkan majalah tahunan sekolah ini bagi kali ke-68.

Sekian.

Js Seow

Muka surat 66 68th issue The Optimist 1998


Comments

Popular Posts