Lembaga Pengawas 1983-1984 Sek Tinggi Melaka



Badan pengawas mengambil alih tugas mengawal disiplin sekolah pada bulan Julai 1983 di bawah pimpinan OPT. Daripada bilangan asal 30 pengawas, 2 telah meninggalkan lembaga ini untuk melanjutkan pelajaran mereka. Untuk menambahkan tenaga kerja badan pengawas, 15 pengawas baru telah dilantik dan dilatih.


Sejak pengambilan alih tugas dalam tahun 1983, badan pengawas telah menjalankan tugas-tugas hariannya dengan cekap dan penuh dedikasi. Selian daripada tugas harian, badan pengawas telah bertugas dalam gerakerja-gerakerja luar seperti Pesta Buku, Hari Ucapan, Pertandingan MSSM pada 21hb Mei, Pertunjukan Pentas Kelab LEO dan Majlis Perayaan Hari Guru peringkat negeri. Dalam sumbangannya kepada tabung membeli mesin buah pinggang kepada seorang guru, lembaga ini telah menganjurkan projek 'Casual Wear Day' dengan I.C.S.


Pada penggal pertama 1984, lembaga ini telah mengambil bahagian dalam 'Inter-Prefects Boards Games' yang diusahakan oleh Badan Pengawas I.J.C. bersama S.M.G.B. Dalam perjumpaan ini persahabatan dan kesefahaman telah dijalin diantara badan-badan pengawas berkenaan.


Secara keseluruhan, taraf disiplin sekolah ini telah dikekalkan oleh lembaga ini dan diharapkan dengan kerjasama murid-murid dan guru-guru, taraf disiplin sekolah ini dapat terus dikekalkan. Di sini, kami ingin mengucapkan ribuan terimakasih kepada Pengetua dan Lembaga Disiplin yang telah memberi tunjuk ajar dan nasihat kepad kami semua.


Lembaga Pengawas 1983-1984
Muka Surat 22 63rd Issue Optimist

Comments

Popular Posts