Kuiz Sains Nasional 1993 Piala Perdana Menteri


Dalam mendukung tradisi sekolah, pasukan Kuiz Sains Nasional SMK Tinggi Melaka telah muncul sebagai johan dalam pertandingan akhir Kuiz Sains Nasional 1993, dengan sekalifus menjulang Piala Pusingan YAB Perdana Menteri Malaysia untuk kali ketiga, tiga tahun berturut-turut. Catatan rekod baru dalam epik Kuiz Sains Nasional yang berusia sepuluh tahun itu telah dibuat di Dewan Kampo, Pusat Belia Antarabangsa, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur pada tanggal 9 September 1993.

Peringkat saringan pertandingan bermula dengan ujian bertulis yang diadakan di aekolah kita pada awal tahun 1993. Seperti dijangka, pasukan sekolah kita telah muncul sebagai juara puaingan tersebut dan berjaya dipilih mengibarkan panji Negeri Melaka dipusingan separuh akhir yang berlangsung di Sekolah Dato' Bentara Luar, Batu Pahat, Johor Darul Takzim, pada 8 Julai 1993. Dalam pusingan tersebut, pasukan kita telah mengenepikan cabaran pasukan tuan rumah, pasukan Sekolah Menengah St. Paul, Negeri Sembilan dan pasukan Sekolah Menegah Kajang, Selangor Darul Ehsan. Dengan kemenangan tersebut, cabaran yang lebih getir menanti kami di pusingan akhir pertandingan.

Selain daripada Sekolah Tinggi Melaka yang mewakili Zon Selatan, terdapat 3 buah sekolah lain yang turut serta merebut gelaran juara. Mereka ialah Kolej Sultan Sultan Abdul Hamid, Kedah, yang mewakili Zon Utara; Sekolah Menengah Victoria, Kuala Lumpur, yang mewakili Zon Timur dan Kolej Datu Patinggi Abang Haji Abdullah Petra Jaya, Sarawak, yang mewakili Malaysia Timur. DALAM PUSINGAN berdebar-debar tersebut, pasukan kita akhirnya telah berjaya menangkis persaingan, khususnya dari Kolej Sultan Abdul Hamid, untuk merangkul kejuaraan peringkat kebangsaan itu.

Perlu dititikberatkan bahawa kemenangan tersebut bukan sahaja kemenangan para peaerta sahaja, tetapi adalah kemenangan untuk Sekolah Tinggi Melaka secara keseluruhan. Hasil berkat bimbingan , tunjuk ajar dan perancangan teliti guru-guru Projek Sains sekolah, khasnya Cik Lim, dan En. Tai telah membuahkan kejayaan yang cemerlang ini.

Rakaman ribuan terima kasih terhadap mereka seharusnya dibuat.Juaga tidak ketinggalan ialah pelajar-pelajar tingkatan empat dan tingkatan enam rendah dan rakan seperjuangan kami yang sentiasa memberi sokongan dalam lintasan kami meriah kejayaan. Semangat setiakawan dan kerjasama yang padu antara ahli-ahli pasukan kami tidak dilupakan adalah faktor kejayaan yang maha penting.

Akhir kata, diharapkan kejayaan kita pada tahun ini akan terus menjadi satu budaya kecemerlangan yang telah lama wujud di Sekolah Tinggi Melaka.

Meliora Hic Sequamor


Disediakan oleh Ketua Kuiz Sains Nasional 1993
Eric LKK


Muka surat 92 dan 93 Isu ke 72 the Optimist 1993

Comments

Popular Posts