Dari Ketua Pengarang



Pada tahun 1921, sekumpulan pelajar diketuai oleh Tun Tan Cheng Lock telah memulakan penerbitan majalah sekolah The Optimist. Majalah ini terus diterbitkan tahun demi tahun dan mengalami banyak perubahan baik dari segi penyusunan mahupun dari segi rupabentuknya. Enam puluh dua tahun kenudian , majalan Optimist 83 diterbitkan.


Tujuan penerbitan majalah sekolah ini adalah seperti berikut :


  • Pertamanya, majalah sekolah adalah sebagai suatu media perantaraan antara sekolah dengan pelajar. Majalah sekolah mengandungi informasi dan data-data tentang segala aktivit sekolah yang boleh dijadikan sebagai rujukan.

  • Keduanya, identiti sekolah dapat dipaparkan melalui majalah sekolah. Setiap sekolah mempunyai identitinya tersendiri iaitu setiap sekolah adalah unik dari segi kegiatan dan ko-kurikulum, pentadbiran dan bidang akademiknya.

  • Akhirnya , kejayaan majalah ini telah memberikan ransangan kepada pelajar-pelajar Sekolah Tinggi Melaka.

Penerbitan majalah sekolah merupakan suatu kerja yang rumit. Proses-proses dalam penerbitan majalah boleh dibahagikan kepada 4 peringkat. Pada mulanya jawatankuasa mesti dibentuk dan iklan-iklan dikumpul untuk menampung perbelanjaan penerbitannya. Kemudian , segala kegiatan sekolah dan laporan berkenaan dengan pengtadbiran sekolah mesti dikumpul sebagai material dalam majalah tersebut. Seterusnya , segala laporan ini mesti disunting dan diperkemaskan oleh Ketua Pengarang dan segala kesilapan bahasa serta ejaan dibetulkan oleh guru penasihat kami. Akhirnya , segala material dihantar kepada pencetak bagi mengeluar majalah tersebut.


Segala persiapan untuk majalah ini tidak akan berjalan lancar tanpa kerjasama daripada semua pihak iaitu daripada Sidang Redaksi , guru penasihat , guru-guru dan pelajar-pelajar sekelian . Walaupun , bertapa remehnya sumbangan seseorang itu dalam penerbitan majalah ini tetapi usahanya tetap dihargai oleh sekolah amnya.


Akhir sekali , saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru penasihat kami, En Abdul Rahim , ahli-ahli jawatankuasa Optimist 1983 , para guru dan pelajar-pelajar semua kerana sumbangan mereka dalam menerbitkan majalah Optimist 1983.


Sekian. Terima Kasih.


WPS

Comments

Popular Posts