Temuramah Dengan Pengetua MHS En Mohd Zin



Pengetua Sekolah Tinggi Melaka, En Mohd. Zin bin Abd. Hamid yang telah berkhidmat di sekolah ini sejak 16.6.1996 telah banyak membawa perubahan bermanfaat kepada warga Sekolah Tinggi Melaka. Dengan ideologi-ideologi yang segar dan mungkin dianggap radikal, En. Mohd. Zin telah mengerak langkat, menyediakan Sekolah Tinggi Melaka untuk masa hadapan yang berteraskan pengetahuan perkomputeran. Namun, setelah segala jasa yang disumbangkannya, Tuan Pengetua kita kini akan meninggalkan pangkuan sekolah untuk menyambungkan kerjayanya di sekolah lain. Dalam pada ini, sidang redaksi 'The Optimist' telah mengambil kesempatan untuk menemuramah Tuan Pengetua,. Berikut ialah hasil temuramah yang telah dijalankan.

Optimist: Bolehkah tuan menceritakan sedikit sebanyak tentang latar belakang tuan ?

Pengetua: Saya berasal dari Johor Bahru dan merupakan lepasan U.S.M. di dalam bidang "Political Science dana Economic". Saya telah berkahwin dan mempunyai 5 orang anak, 3 lelaki dan 2 perempuan."Berenang Pysical Fitness" menjadi aktiviti utama saya. Membaca merupakan satu kerperluan hidup. Saya amat berminat dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan komputer serta gemar memancing dan "scuba diving". Segala aspek yang melibatkan kreativiti amat saya kagumi.

Optimist: Apakah perasaan tuan apabila ditawarkan berkhidmat di Sekolah Tinggi Melaka dan bagaimanakah perasaan tuan pada hari pertama berada di sekolah ?

Pengetua: Saya merasa amat gembira kerana diarahkan bertugas di sekolah yang terulung di negeri ini. Pada hari pertama saya berasa keliru sedikit atau "disoriented" kerana sekolah ini tidak mempunyai fokus dari segi fizikal. Walau bagaimanapun saya mudah menyesuaikan diri.

Optimist: Pada pandangan tuan, apakah bezanya S.T.M. berbanding dengan sekolah-sekolah lain ?

Pengetua: Sekolah ini mempunyai sifatnya sendiri. Ia megah dengan sejarah dan kejayaan bekas pelajar-pelajarnya. Pencapaian akademiknya khususnya S.T.P.M. dan S.P.M. amat membanggakan.

Optimist: Apakah pembaharuan - pembaharuan yang akan dilaksanakan oleh tuan untuk mempertingkatkan lagi prestasi S.T.M. dari segi akademik dan ko-kurikulum.

Pengetua: Pihak sekolah merancang untuk menyediakan segala kemudahan fizikal untuk pelajar-pelajar. Pada pendapat saya pelajar dan kebajikannyaa adalah fokus utama saya. Dengan adanya keselesaan dan kelengkapan seperti perpustakaan, Bilik Tayang, Bilik Kerjaya, Kantin, Koperasi dan bilik-bilik khusus seperti Bilik Komputer dan Matematik serta Bilik Bahasa/Kemanusian akan dapat meningkatkan pembelajaran. Penggunaan teknologi akan ditingkatkan secara berkesan.

Optimist: Apakah pandangan tuan terhadap budaya dan disiplin pelajar-pelajar pada masa kini jika dibandingkan dengan masa lampau ?

Pengetua: Pelajar masa kini mempunyai motif sendiri yang ditetapkan oleh persekitaran. Motif yang merosakkan membimbangkan saya. "Conformity" pada kelakuan atau tabiat yang tidak membina "character" juga merimaskan saya. Pelajar dahulu ada pembinaan fokus hidup yang nyata. Tetapi kini pelajar menhadapi cabaran persekitaran.

Optimist: Kami difahamkan bahawa tuan berkebolehan dalam bidang komputer. Bagaimana tuan telah berkecimpung dalam bidang ini di samping menjalankan tugas sebagai pendidik ?

Pengetua: Saya menganggapnya sebagai satu hobi. Saya mengenepikan masa untuk belajar sendiri secara serius kerana saya seorang yang "fascinated" dengan kreativiti dan teknologi.

Optimist: Apakah cadangan-cadangan tuan untuk meningkatkan lagi penggunaan komputer di kalangan pelajar S.T.M. ?

Pengetua: Kita merancang meningkatkan penggunaan komputer dan aksesorinya untuk perpustakaan. Multimedia untuk bilik tayangan. LCD projektor/komputer, untuk bilik komputer, 3D unit komputer (Stand Alone) dan semua pelajar diwajibkan menjadi ahli. Ini untuk menyediakan pelajar untuk masa depan. "Videoteleconferencing" dan "Internetphone" akan juga ditumpukan. Harapan kita ialah pelajar cuma membawa disket ke sekolah bagi mata pelajaran yang dirancangkan.

Optimist: Pada pendapat tuan, adalah S.T.M. akan terus mencapai kegemilangan berulang seperti masa-masa dulu ?

Pengetua: Sudah pasti.

Optimist: Apakah pandangan tuan terhadap sistem pendidikan yang diamalkan sekarang dan langkah-langkah yang harus dijalankan untuk meningkatkan kualiti pendidikan di negara kita ?

Pengetua: Sangat dramatik. Langkah-langkah untuk meningkatkan kualiti pendidikan ialah penekanan kepada pembelajaran Bahasa Inggeris, dan menjadikan kaunseling sebagai satu mata pelajaran. Selain itu, cara ini adalah baik kerana sistem pendidikan negara kita adalah yang terbaik di dunia khususnya dari segi akademik.

Optimist: Bolehkah tuan berikan komen-komen terhadap keadaan dan kedudukan negara kit pada peringkat antarabangsa ketika ini secara global serta adakah negara kita berupaya untuk merealisasikan wawasan 2020 dan mengapa ?

Pengetua: Malaysia meletakkan namanya pada tempat yang strategik di mana pendapat dan saranannya mula diambil kira pada peringkat antarabangsa. Wawasan 2020 boleh berjaya dari segi material. Walau bagaimanapun, "kualiti hidup" sebenar mungkin tidak setandign atau selari. Di dalam keadaan persekitaraan dunia yang stabil dan terkawal, matlamat akan tercapai.

Optimist: Akhir sekali, adakah cita-cita tuan untuk menjadi seorang pendidik ? Apakah sifat-sifat yang harus dipunyai oleh seorang pendidik ?

Pengetua: Cita-cita saya banyak tetapi mendidik adalah lebih sesuai dengan diri saya kerana mendatangkan kepuasan pada diri saya apabila melihat pelajar membentuk kekuatan, 'character' semasa di bawah jagaan saya. Saya amat suka melihat pelajar yang membina sifat-sifat yang positif. Guru mesti mempunyai sifat hendak mendidik, hormat kepada pelajar dan sentiasa membaca supaya menjadikan diri sebagai pakar rujuk kepada pelajar.

Kami percaya ucapan selamat maju jaya dan terima kasih kepada Tuan Pengetua yang tersanjung, En. Mohd. Zin bin Ab. Hamid disampaikan dengan penuh keikhlasan oleh seluruh ahli keluarga S.T.M.

Penhargaan dengan ingatan tulus ikhlas membentuk blog post ini.
Muka Surat 29 dan 30 76th edition Optimist 1996.

Comments

Popular Posts