Ketua Murid 1996/97 SMK Tinggi Melaka
Kata-kata Aluan Ketua Murid tahun 1996/97
Terlebih dahalu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Sidang Redaksi Majalah Optimist sesi 1997/1998 kerana memberi peluang kepada saya untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam majalah tahunan sekolah ini.
Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa Badan Pengawas memainkan peranan penting untuk mengawal disiplin murid-murid di sekolah di samping mengendalikan kebanyakan aktiviti atau program sekolah. Badan Pengawas merupakan institusi tertinggi di Sekolah Tinggi Melaka dan seperti badan-badan pengawas yang lepas, Badan Pengawas sesi 1996/97 juga menjalankan tugas dengan baik serta menjunjung tinggi tradisi sekolak ini.
Disiplin sememangnya memainkan peranan yang dominan dalam pembentukan sahsiah atau keperibadian seseorang. Di sini, saya ingin menyeru para pelajar Sekolah Tinggi Melaka supaya mematuhi peraturan-peraturan sekolah yang telah diditetapkan dan menyingkirkan perasaan tidak ingin mengikuti peraturan-peraturan. Peraturan-peraturan ini telah diadakan untuk mengawal disiplin dan tingkah laku para pelajar dan adalah wajar untuk para pelajar untuk mendisiplinkan diri mereka melalui peraturan-peraturan sekolah.
Setelah tujuh bulan saya berada di sekolah ini, saya sangat keberatan untuk meninggalkan sekolah yang penuh bersejarah ini.
Di sini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengetua, guru-guru, kakitangan sekolah, para pengawas dan murid-murid kerana telah memberi sokongan dan galakan semasa tempoh perkhidmatan saya. Saya juga ingin mengucapkan ribuan kepada ahli-ahli jawatankuasa Badan Pengawas serta pengawas-pengawas junior dan senior atas kerjasama mereka. Tanpa sokongan daripada semua, tidak mungkin saya dapat melaksanakan tugas-tugas saya dengan berkesan.
Meliora Hic Sequamur
Ronald H A L
Ketua Murid 1996/1997
Comments
Post a Comment