Olahragawati 1983 Sek Tinggi Melaka



Pada tahun itu, hadiah olahragawati sekolah diperkenalkan dan pemenang hadiah olahragawati 1983 ialah saudari P.R. Devi.



Arena sukan adalah tidak asing baginya dan beliau telah bergiat cergas sejak dari sekolah rendah lagi. P.R. Devi berasal dari sebuah keluarga yang aktif dalam sukan. Ketiga-tiga abangnya aktif dalam bola tampar, bola sepak dan olahraga. Abang tertuanya sedang mewakili negeri Perak dalam bola tampar dan kakaknya sedang mewakili negeri Melaka dalam hoki.



Galakan dari orang tuanya telah mendorongnya merangkul gelaran juara dalam acara 100m, 100m lompat pagar dan lompat jauh semasa temasya Sukan Tahunan 1983 di Sekolah Tinggi Melaka.



Penyertaan beliau tidak terbatas di peringkat sekolah sahaja, malah beliau turut menyertai pasukan hoki negeri bawah umur 18 dan 23 tahun masing-masing dalam tahun 1981 dan 1983. Pencapaiannya yang begitu cemerlang dan menonjolkan telah membawa tuah kepadanya hingga Berjaya menerima penghargaan sekolah bag pencapaiannya yang cemerlang dalam permainan hoki.




Muka Surat 55, 62nd Issue The Optimist

Comments

Popular Posts