Keluarga Harmonis, Dadah Terhakis



Zaman sekarang, penyalahgunaan dadah semakin meluas. Ramai pemuda terjerumus dalam pengambilan dadah. Masalah ini semakin meruncingkan dan kita perlu mencari sesuatu penyelesaian untuk mengatasi masalah ini. Antara faktor yang mendorong penyalahgunaan dadah ialah pengaruh rakan sebaya, perasaan ingin mencuba, masalah keluarga, tekanan keluarga, tekanan hidup dan lain-lain. Perangkaan menunjukkan bahawa kebanyakan penagih dadah berasal daripada keluarga yang bermasalah dan berpecah-belah.


Kanak-kanak yang sedang membesar akan menjadikan ibu bapa sebagai teladan dalam kehidupan mereka. Oleh demikian, segala tingkah laku ibu bapa mudah mempengaruhi kanak-kanak. Ibu bapa perlu menunjukkan tingkah laku yang sihat dalam kehidupan mereka. Sekiranya ibu bapa sendiri terjerumus dalam najis dadah, kemungkinan besar anak akan terikut bersama.


Hubungan antara ibu dengan bapa dalam keluarga sangat penting. Tindakan suami isteri yang selalu bertikam lidah akan mewujudkan suatu suasana yang tidak harmoni dalam keluarga itu. Ini secara tidak langsung akan memberi kesan negatif kepada anak-anak yang membesar dalam keluarga tersebut. Kanak-kanak tersebut mungkin juga akan mengalami tekanan mental dan emosi akibat daripada keadaan keluarganya yang huru-hara. Semua ini akan menyebabkan kanak-kanak tersebut mencari ketenangan dengan cara yang lain, seperti penagihan dadah. Keluarga harmonis juga bermakna ibu bapa mempunyai masa yang mencukupi bersama-sama anak mereka. Dengan cara meluangkan masa untuk anak-anak, ibu bapa boleh mengetahui masalah-masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka. Di sini, kemahiran ibu bapa untuk berkomunikasi dengan anak mereka sangat penting. Mereka perlu meneliti masalah yand di hadapi oleh kanak-kanak mereka dan cuba menyelesaikannya.


Sebagai kesimpulan, peranan keluarga sangat penting bagi mencegah penyalahgunaan dadah di kalangan remaja zaman sekarang. Suasana keluraga mestilah aman, harmoni, mesra dan bahagia supaya kanak-kanak dapat dibesarkan dalam satu persekitaran yang sihat.


Hasil Karya
MF 2 Hijau Muka Surat 174 76th Edition The Optimist

Comments

Popular Posts