Pukul 12
Di dalam sepintas lalu
ku pandang malam berlabuh
fajar berganti
seorang pemuda tidak hirau hari
berkomplot akan silih berganti
sesama sendiri
Malam berganti, fajar menanti
namun tunduknya butir-butir padi keemasan
terkandung harga yang bakal dituai
pelajar, pemuda itu
masih diam lagi dengan tunduk mengkaji
gedung yang ada kaut sedikit
demi sedikit
perigi ilmu ditimba airnya
setitik demi setitik
tang berdentang
bunyi jam dinding pukul 12 malam
namun dia
tidak endah apa yang membingitkan
Malam, ada insan
yang mengulas mimpi
ada bermandikan embun
ada yang membutai matanya
dalam kegelapan malam
namun dia mengulas ilusi
Pukul 12
sunyi
yang ada hanya bunyi engin air
membanjirkan sawah padi
yang ada nyanyian nyaring cengkerik
namun biralah perjuangan ini
hanjut di lautan ilmu
dan biarlah ilmu ini bakal
menyanyikan lagu esok hari
dan dengan iringan tarian
sebatan pena
kerana inilah perjuangan yang tiada
akhirnya.
Yusuf L6A5
Comments
Post a Comment