Penghargaan Kepada Bekas Cikgu SMK Tinggi Melaka




Encik Poh LY mengajar di Sekolah Tinggi Melaka mulai 1971 sehingga Jun 1989. Bertukar ke Sekolah Menengah Sri Ledang, Tangkak kerana kenaikan pangkat. Berikut ialah catatan ringkas daripada beliau sendiri.



Sememangnya, semenjak dari kecil lagi telah tersemat di dalam jiwa saya ingin meneruskan pelajaran di Sekolah Tinggi Melaka. Ini adalah kerana saya sebagai seorang murid yang belajar di Sekolah Rendah Tengkera pada masa itu telah mendengar berbagai-bagai pujian yang telah diberikan kepada Sekolah Tinggi Melaka. Segala pujian yang diterima oleh Sekolah Tinggi Melaka adalah kerana sekolah tersebut telah menempah kejayaan demi kejayaan dengan prestasi murid-muridnya yang sangat baik sekali terutamanya dalam bidang akademik, sukan serta displin yang tinggi.



Setelah saya lulus di dalam peperiksaan darjah enam dengan cemerlang pada tahun 1959, saya dan murid-murid yang lain amat berminat meneruskan pelajaran kami di Sekolah Tinggi Melaka.



Guru-guru saya yang masih saya ingat pada ketika itu ialah Mr. S.P.S Pillay, Mr. Tan Wan Seng, Mr. Chang Kwai, Mr. R.S. Mane dan Mr. Stephen Chee.



Selepas, tamat Tingkatan 6, saya kembali aka ke Sekolah Tinggi Melaka sebagai seorang guru pada bulan Mei, 1977, setelah bertugas di Sekolah Tinggi Perempuan Melaka selama 5 bulan. Jika diimbas kembali setelah sembilan belas tahun saya bertugas di Sekolah Tinggi Melaka, telah mengingatkan kembali kepada saya beberapa kenangan manis yang tidak dapat saya lupakan.



Antaranya ialah sukan sekolah yang diadakan di Stadium Kubu pada tahun 1972, secara besar-besaran dan merupakan sukan sekolah yang paling gemilang pernah diadakan dalam sejarah Sekolah Tinggi Melaka. Acara perasmian dan penutup adalah hamper sama seperti yang diadakan dalam Sukan SEA. Obor yang dibawa masuk ke padan pada ketika itu digunakan untuk menyalakan api dalam ‘condour’. Kemudian diikuti dengan pertunjukan jasmani, tarian tradisional dan pelepasan 1,000 ekor burung merpati serta belon.



Fasad-fasad setiap rumah telah dihiaskan dengan cantik dan Stadium Kubu telah dipenuhi oleh para pelajar, guru-guru serta orang ramai yang ingin menyaksikannya. Acara kemuncak sukan sekolah itu ialah pertunjukan bunga api.



Perayaan ulangtahun ke-150 Sekolah Tinggi Melaka telah diadakan pada tahun 1976. Dalam perayaan itu telah diadakan satu jamuan secara besar-besaran di padang sekolah berhampiran bangunan HSOBA. Dalam majlis tersebut, ramai para pelajar tampil ke hadapan member sumbangan untuk pembinaan dewan sekolah. Hasilnya, telah terbina dengan megah dewan sekolah yang ada sekarang ini, juga merupakan kebanggaan para pelajar serta guru-guru di Sekolah Tinggi Melaka.



… bacalah seterusnya dinaskah asal Optimist.





PLY Julai 1989

Comments

Popular Posts