Secebis Rasa, Seuntai Kata



Kata Aluan

Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah


Terlebih dahulu saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Sidang Redaksi yang telah sudi mempelawa saya untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam ruangan ini. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas atas kejayaan pernerbitan majalah 'The Optimist' edisi ke-85 bagi tahun 2006.


Sebagai wahana maklumat yang merakamkan segala kejayaan dan kegiatan sekolah sepanjang tahun, majalah 'The Optimist' memberi manfaat bukan sahaja kepada warga SMK Tinggi Melaka bahkan juga kepada masyarakat sekeliling. Majalah ini mencerminkan hasil didikan yang diterima oleh para pelajar serta dimuatkan dengan kreatif untuk memuaskan setiap pembacanya. Oleh yang demikian, semua pihak wajar memberi sokongan dan dorongan yang sepenuhnya terhadap penerbitan majalah ini.


Pelajar-pelajar perlu bersikap positif demi mencapai kecemerlangan bukan sahaja dalam bidang akademik, bahkan juga dalam bidang kokurikulum. Justeru, para pendidik dan ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam usaha penyemaian nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar-pelajar kita. Dengan adanya pelajar-pelajar yang berwibawa dan berwawasan, nescaya wawasan 2020 dapat dicapai.


Sebelum saya mengakhiri ucapan saya, semoga semua pelajar yang bakal menduduki peperiksaan pada akhir tahun ini akan memperoleh kejayaan yang cemerlang.


Sekian, terima kasih.



Dato' Abd Halim bin Hj Ali
Pengerusi
Lembaga Pengelola Sekolah
SMK Tinggi Melaka

Muka Surat 7, 85th edition, 180 tahun, 2006

Comments

Popular Posts