Laluan 'Pah'



Laluan PAH ialah satu siri latihan jasmani yang telah dirintis oleh Sekolah Tinggi Melaka pada tahun 1988.


Latihan ini diperkenalkan untuk meningkatkan daya ketahanan diri serta menguatkan otot-otot para peserta sama ada kaum lelaki, wanita ataupun kanak-kanak.


Balapan PAH mengandungi 13 stesen serbaguna dengan 30 jenis latihan yang berbeza-beza sejauh kira-kira 600 meter lorong laluan.


Para peserta dengan keupayaan fizikal masing-masing akan berjalan, berlari-lari anak atau berlari pantas ke setiap stesen. Mereka dikehendaki menyempurnakan latihan di stesen itu sebelum beralih ke stesen lain untuk melakukan latihan berikutnya sehingga tamat semua stesen tersebut.


Latihan PAH lebih merupakan satu siri pertandingan iaitu menguji keupayaan diri sendiri menamatkan laluan dalam jangkamasa yang sesingkat-singkatnya.


Kepada orang ramai, latihan jenis ini adalah selamat, dapat menyihatkan badan dan laluan boleh dibuat sekali ataupun diulang beberapa kali mengikut kemampuan masing-masing.


Sebelum memulakan larian ke stesen pertama, eloklah dilakukan 4 atau 5 minit 'warm-up' untuk memanaskan badan. Latihan awal ialah melakukan regangan mudah. Latihan lebih lasak untuk menguatkan dan mencantikkan bentuk badan seperti meregang otot-otot bahagian belakan, otot-otot peha dan betis boleh dipercepatkan gerakannya secara beransur-ansur.


Latihan 'warm-up' lain yang dicadangkan ialah melakukan regangan menggunakan dinding, regangan kangkang, regangan sebelah kaki ke belakang, membongkok dan mencecah jari kaki dengan ujung jari tangan, melompat dengan sebelah kaki ke belakang.



  • Stesen 1 Lompat Kangkang
  • Stesen 2 Palang Selari
  • Stesen 3 Melompat Tangga Melintang
  • Stesen 4 Naik Bangku
  • Stesen 5 Lompat Pagar
  • Stesen 6 Bergayut Palang ke Palang
  • Stesen 7 Mendaki Palang
  • Stesen 8 Bangku Condong
  • Stesen 9 Military Press
  • Stesen 10 Melepasi Tembok
  • Stesen 11 Mendagu
  • Stesen 12 Terowong
  • Stesen 13 Meniti Palang




Comments

Popular Posts