Salam Takzim daripada Ketua Murid Sek Tinggi Melaka



Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada Sidang Redaksi Optimist kerana memberi saya peluang menulis sepatah dua kata dalam majalah ini.

Disiplin merupakan suatu yang penting dalam pembentukan sahsiah seseorang inidividu. Menyedari akan hakikat ini, Sekolah Tinggi Melaka sentiasa berusaha untuk menetapkan disiplin para pelajarnya pada tahap yang tinggi dan membanggakan. Oleh itu, para pelajar haruslah sentiasa bekerjasama dengan guru-guru dan para pengawas.

Saya menyambut peluang ini untuk menggalakkan para pelajar supaya mengambil bahagian dalam (segala) kegiatan sekolah. Selain pembinaan disiplin diri, penyertaan para pelajar juga membantu memperkembangkan potensi mereka. Ini adalah selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan kata-kata bekas Pengetua kita. "Sini Terdidiknya Manusia". Ini seterusnya membawa kepada kelahiran satu generasi yang terdiri daripada manusia pelbagai dimensi yang sanggup menyumbang kepada masyarakat.

Dalam masa dua bulan lagi, saya akan mengucapkan selamat tinggal kepada Sekolah Tinggi Melaka. Walaupun berasa sedih, saya sungguh bangga menjadi sebahagian keluarga institusi yang termasyhur ini. Saya yakin segala ilmu pengetahuan dan pengalaman yang telah saya timba semasa alam persekolahan saya akan membantu saya menyesuaikan diri dalam masyarakat kelak.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Tuan Pengetua, Tuan Haji Mohamad bin Ismail, guru-guru Penolong Kanan, Tuan Haji Mahmor dan Tuan Haji Yaamah. Penyelaras Disiplin, Encik Leong dan Lembaga Disiplin sekolah serta guru-guru lain yang telah memberi tunjuk ajar dan nasihat termasuk bekas Pengetua Sekolah Tinggi Melaka, Tuan Haji Rafie bin Haji Mahat dan bekas Penyelaras Disiplin, Tuan Haji Md. Yatim dan Encik Chong.

Saya juga berterima kasih kepada Timbalan-Timbalan Ketua Pengawas, Kua dan Tan, Setiausaha, Shafiq, Ketua Pengawas Perempuan, Grace, Ketua-Ketua Kumpulan dan barisan pengawas 1990/91 kerana kerjasama yang tidak ternilai kepada saya.

Sekian, terima kasih.

"Meliora Hic Sequamur"

(R. T.)
Ketua Murid Sekolah Tinggi Melaka 1990/1991

Comments

Popular Posts