Kelab Bimbingan dan Kaunseling



Guru Penasihat : 3.

Presiden : 1
Setiausaha : 1
Bendahari : 1
Ahli Jawatankuasa : 4

Ahli Jawatankuasa 1990/1991 telah mengambil alih pentadbiran Kelab Bimbingan dan Kaunseling (KBK) pada awal bulan Jun 1990.

Matlamat kelab ini berasaskan kepada namanya iaitu memberi bimbingan, menyebarkan maklumat kerjaya serta menyediakan bantuan perkhidmatan kepada pelajar supaya dapat menolong mereka memperolehi kejayaan kepada mereka dalam segala sudut kehidupan kelak.

Justeru tiu, sepanjang sesi 1990/91, pelbagai kegiatan yang menarik telah dirancangkan demi mencapai matlamat dan aspirasi kelab ini.

Aktiviti kami adalah seperti berikut :-
1. Lawatan sambil belajar ke UM, Ekspo Pendidikan.
2. Menerbit dan menjual majalah Kelab "Motivasi".
3. Kursus Pembimbing Rakan Sebaya kepada Ahli-ahli.
4. Melukis poster-poster perangsang dan menghiaskan papan kenyataan STM.
5. Mengadakan sudut bacaan iaitu surat khabar di kantin sekolah dan buku-buku panduan universiti dan kolej di bilik KBK.
6. Penjualan makanan sempena Hari Kebajikan STM.
7. Menjual "Utusan Pengguna".

Kami berharap AJK sesi 1991/2 akan berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam usaha menjadikan kelab ini lebih aktif dan menarik.

Akhir kata, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Pengetua, Guru-guru Penasihat dan guru-guru lain yang telah memberi kerjasama dan tunjuk ajar yang tidak ternilai kepada kami.

SENYUMAN ANDA MENGGEMBIRAKAN ORANG LAIN

Setiausaha

Comments

Popular Posts