Sekolah Tinggi Melaka Kelab Kreatifk



Guru-guru Penasihat : 3
Presiden : 1
Naib Presiden : 1
Setiausaha : 1
Bendahari : 1
Ahli Jawatankuasa : 4

Ahli Jawatankuasa Sesi 1990/91 bagi kelab ini telah dilantik pada bulan September 1990. Kelab ini mengadakan mesyuarat dua minggu sekali. Keanggotaan kelab ini terbahagi kepada dua iaitu menengah atas dan menengah bawah. Sambutan para pelajar terhadap kelab ini adalah amat menggalakkan.

Kami telah mengadakan beberapa aktiviti yang kebanyakannya cenderung kepada kesusasteraan. Salah satu aktiviti yang kami telah jalankan ialah Bengkel Penulisan cerpen yang dikendalikan bersama oleh Cik Nora, Cik Hasmah and Encik Lim. Bengkel ini bertujuan untuk mengajar para pelajar cara-cara menghasilkan cerpen yang baik.

Sempena Minggu Sastera peringkat sekolah, dua orang ahli kelab ini iaitu Saudari Noshasnah dan Saudari Zuraidah dari kelas enam atas sastera 2 telah mendeklamasai sajak yang bertajuk "Fenomena"

Aktiviti-aktiviti lain yang juga kami jalankan ialah Pertandingan Penulisan Cerpen, turut menjayakan Hari Jualan Pasar Budi Sekolah, mengumpul karya-karya dari para pelajar seperti cerpen, sajak dan sebagainya serta turut membuat laporan berhubung peristiwa-peristiwa bersejarah yang berlaku di sekolah ini seperti Hari Penyampaian Hadiah, Majlis Perpisahan Tuan Pengetua Sekolah, Hari Jamuan Makan Malam PIBG dan Hari Perlantikan Pengawas Sekolah. Semua karya dan laporan ini dihantar ke Majalah Media Pendidik dan Majalah Bunga Rampai untuk disiarkan.

Akhir kata, kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengetua, guru-guru penasihat, ahli-ahli kelab ini serta para pelajar yang telah sama-sama melibatkan diri untuk menjayakan setiap aktiviti yang kami rancang. Diharap kelab ini akan lebih berjaya dan aktif lagi pada masa akan datan selaras dengan MOTTO Kelab ini iaiut:-

BERKARYA, BERWIBAWA DAN BERKREATIF

Zuraidah
Setiausaha 90/91

Comments

Popular Posts