Persatuan Agama Kristian MHS



Presiden : 1
Setiausaha : 1
Bendahari : 1
AJK : 1
Guru Penasihat : 4

Sebenarnya, persatuan ini telah pun wujud tetapi telah diberhentikan kerana tiada guru penasihat. Ia telah ditubuhkan semula selepas empat orang guru telah bersetuju untuk menasihati persatuan ini. Persatuan Kristian telah ditubuhkan semula pada 26 Ogos 1991 dengan kebenaran Tuan Pengetua dan guru Kokurikulum.

Persatuan Kristian telah bermula dengan 25 orang ahli. Tujuan penubuhan ini ialah untuk memupuk persaudaraan yang lebih erat di kalangan pelajar-pelajar Kristian disamping membentuk moral yang lebih tinggi di kalangan ahli-ahli.

Kegiatan-kegiatan persatuan termasuk pengajaran agama Kristian melalui perbincangan, tayangan video, dan lagu-lagu Kristian. Oleh kerana musik memainkan peranan yang penting dalam agama Kristian kami juga mempunyai seorang pemain gitar dan seorang pemain piano.

Pihak jawatankuasa ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Pengetua dan guru-guru serta pelajar-pelajar yang telah memberikan kerjasama dan sokongan mereka.

Disediakan oleh
Setiausaha

Comments

Popular Posts