Kelab Catur 1991 Malacca High School



Guru Penasihat : CL Tan
Presiden : FS Tan
Naib Presiden : Joey L
Setiausaha : SC Tan
Bendahari : John K

Ahli Jawatankuasa :
Eyo L L, Raymond S, WO Lee, SM Lim SH Lam

Pada semester keempat tahun 1990, kelab catur telah menghantar dua orang peserta untuk mewakili Sekolah Tinggi Melaka dalam pertandingan Catur Bawah 15 MSS Melaka. Dua orang peserta itu ialah Crispian and Joey.

Pada bulan Disember tahun yang sama, iaitu semasa cuti semester keempat, tiga orang peserta sekolah iaitu SH Lam, Joey dan SC Tan telah bertanding dalam Kejohanan Catur Tertutup Melaka ke-4. Di dalam pertandingan itu, SC Tan telah berjaya mendapat tempat ke-6.

Pada semester kedua tahun 1991, Kejohanan Catur Tertutup Melaka telah diadakan. Keputusan adalah seperti berikut:-

Johan : Joey
Naib Johan : SC Tan
Ketiga : K Seth

Pada semester yang sama, Kelab Catur telah menghantar sebuah pasukan untuk bertanding dalam Pertandingan Berpasukan Bawah-20 Jemputan SFI. Pasukan kami dianggotai oleh 6 orang permain iaitu, Lam, John, Tan WK, Tan SC, Joey dan FS Tan. Kami telah berjaya menjadi naib johan di dalam pertandingan itu.

Pada semester ketiga pula, Kelab Catur telah menganjurkan Pertandingan Catur Bawah 20 Tertutup. Keputusannya adalah seperti berikut:-

Johan : SC Tan
Naib Johan : WT Tay
Ketiga : Joey

Pada Hari Kokurikulum, Kelab Catur telah berjaya mendapat tempat kedua dalam kuiz pengetahuan am. Pasukan Kelab Catur terdiri daripada SC Tan, Lam, John dan K Seth. 3 orang ahli kelab jugga telah dihantar ke SMGB untuk mempelajari undang-undang antarabangsa FIDE.

Mulai tahun ini, Kelab Catur juga telah memulakan "Projek Bakat" untuk menyediakan pemain yang berbakat untuk mewakili sekolah dalam Kejohanan Catur MSS Melaka. Sekarang, terdapat 9 orang ahli yang telah dipilih untuk menyertai projek ini.

Akhir kata, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada guru penasihat kami, Encik CL Tan yang telah memberi sokongan yang sepenuhnya kepada kami.

Diharap lebih banyak aktiviti dan pertandingan dapat diadakan pada tahun 1991/92 ini.

Meliora Hic Sequamur

Setiausaha

Comments

Popular Posts