BOLA SUDAH DI KAKI
Pada zaman silam, kerahan kerja ditakrifkan sebagai perkhidmatan untuk raja atau pemerintah tanpa menerima sebarang ganjaran. "Perkhidmatan" ini mencakupi membaiki jalan, membina jambatan, mendirikan bangunan dan jarang sekali mempertahankan negeri daripada musuh. Sebut sahaja rangkai kata 'kerahan tenaga', terbayanglah seorang askar dilengkapi dengan senjata-senjata perang. Walaupun deskripsi ini agak kabur, tetapi sekurang-kurangnya itulah keadaannya di negara-negara seperti Amerika Syarikat dan Singapura yang mengerah tenaga-tenaga mudanya untuk mempertahankan negara mereka. Dengan ini, kesinambungan bekalan tentera dapat dikekalkan.
Di Malayisa, tumpuan haruslah pada aspek disiplin. Tidak semestinya kerahan tenaga yang berlandaskan ketenteraan sahaja memerlukan penukanan disiplin, malah kerahan tenaga yang berbentuk sosial juga harus dilengkapi dengan lunas-lunas hidup ini. Penekanan disiplini ini sekaligus dapat mewujudkan suatu masyarakat yang berpendirian teguh dan berdikari. Tambahan pula, hal ini mungkin merupakan jalan penyelesaian terhadap masalah keruntuhan akhlak di kalangan remaja.
"Kami ingin berdamai di antarabangsa", itulah harapan kita. Ungkapan itu sebenarnya dipertik daripada lagu patriotik kita iaitu "Malaysia Berjaya". Namun, kadangkala kenyataannya menyalahi harapan kita. Kita harus bersiap sedia menghadapi sebarang bentuk dugaan baik daripada segi ketenteraan mahupun sosial. Jelaslah bahawa soal kerahan tenaga yang berlunaskan ketenteraan harus dipertimbangkan dengan sewajarnya.
SCS
Comments
Post a Comment