Persatuan Bahasa Malaysia



Guru Penasihat : 3
Ahli-ahli Jawatankuasa : 5
Exco Penerbitan dan Perancangan : 4
Exco Pertandingan : 4
Exco Kebajikan : 4
Exco Lawatan : 4

Laporan Persatuan:

1. Mengadakan jamuan perpisahan bagi meraikan Ahli Jawatankuasa Persatuan bagi sesi 89/90.

2. Mengadakan pertandingan mengarang dalam Bahasa Malaysia pada 23 Januari 1991.

3. Mengadakan Kuiz Persatuan Bahasa Malaysia pada 25 Mac hingga 5 April 1991.

4. Menyertai Pertandingan Pidato di antara sekolah-sekolah Melaka anjuran Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan Jabatan Pendidikan pada 2 Mei, 1991. Saudari Jamalia Ibrahim mendapat tempat kedua. Saudara Muslim Mustaffa bagi peserta lelaki mendapat tempat keenam.

5. Mengadakan pertandingan Perbahasan Bahasa Malaysia;

a) Peringkat Menengah Atas Piala Tuan Pengetua
Johan ialah : Rumah Formosa
Naib Johannya : Rumah St. Francis

b) Peringkat Menengah Rendah Piala Tuan Penolong Kanan
Johan : Rumah Van Dieman
Naib Johan : Rumah Albuquerque

6. Majlis Jamuan Makan Malam PIBG Sekolah Tinggi Melaka pada 5 Mei 1991. Acara kebudayaan yang mempersembahkan Tarian Endang dan Taridra Ulik Mayang diadakan.

7. Menyertai Hari Pasar Budi Sekolah pada 16 Mei 1991.

8. Jamuan Makan Perkumpulan Wanita-wanita Islam UMNO mempersembahkan Tarian Endang, Taridra Ulik Mayang dan nyanyian duet.

9. Akhir sekali kami mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan kasih kepada Tuan Pengetua, Guru Penasihat yang telah banyak membimbing kami, kepada AJK dan pelajar yang banyak memberi kerjasama dalam menjayakan aktiviti persatuan ini.

Sekian, terima kasih.

LMS

Comments

Popular Posts