Persatuan Sejarah Sekolah Tinggi Melaka



Guru Penasihat : 2
Pengerusi : 1
Naib Pengerusi : 1
Setiausaha : 1
Penolong Setiausaha : 1
Bendahari : 1
AJK : 10

Sejak mengambil alih pentadbiran persatuan pada pertengahan tahun 1990, ahli-ahli jawatankuasa bagi sesi 1990/91 telah melaksanakan pelbagai aktiviti. Antara aktivit yang dijalankan adalah seperti berikut :

1. Mengecat bangunan blok tingkatan dua.
2. Membantu pihak sekolah dalam usaha untuk menjayakan "Koleksi Warisan Kita" yang berjaya mendapat tempat ketiga dalam pertandingan peringkat negeri.
3. Mengadakan jamuan khas bagi meraikan Ahli Jawatankuasa sesi 1989/90.
4. Menjalankan kaji selidik tentang sejarah Kampung Banda Kaba.
5. Menyusun dan mencetak soalan-soalan kertas sejarah 6 STPM. bagi tahun-tahun lepas 1968 - 1990.
6. Bergabung dengan Kelab Seni Foto dan Persatuan Bulan Sabit Merah.
7. Naib Johan Kuiz Perdana Peringkat Melaka Tengah 1991.

Akhir sekali, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Pengetua dan guru-guru penasihat yang banyak memberi bimbingan dan dorongan untuk menjayakan segala kegiatan. Diharap persatuan ini akan lebih aktif dan terus mencurahkan khidmat baktinya kepada Sekolah Tinggi Melaka.

"Sini Terdidik Manusia"
N. B.
Setiausaha
Cikgu S K
Guru Penasihat

Comments

Popular Posts