IKLIM 1991 Melaka



1. Melaka yang terletak di Malaysia mengalami iklim Khatulistiwa kerana terletak berhampiran dengan garisan Khatulistiwa.
2. Iklim panas dan lembap sepanjang tahun.
3. Minima suhu tahunan negeri Melaka adalah 26 darjah C - 27 darjah C. Suhu tinggi dan seragam kerana dapat cahaya matahari yang banyak sepanjang tahun.
4. Mengikut kajian kami, kami dapat bahawa julat suhu tahunannya kecil iaitu kurang daripada 2 darjah C.
5. Julat suhu harian pula adalah kira-kira 12 darjah C dan ini adalah kerana suhu pada waktu siang mungkin naik ke 33 darjah C dan suhu waktu malam mungkin turun kepada 21 darjah C.
6. Daripada kajian kami, kami telah memperolehi data suhu dan hujan tahunan daripada sudut Geografi di sekolah kami.
7. Berdasarkan data hujan, kami dapati jumlah hujan yang turun adalah sedikit, iaitu dengan jumlah 25mm dalam bulan Februari.
8. Purata hujan Melaka adalah di antara 1800mm - 2000mm.
9. Kebanyakan hujan yang turun ialah hujan perolakan.
10. Hujan perolakan turun pada waktu petang dan disertai dengan petir dan kilat.

Di bawah adalah catitan untuk bulan Februari 1991.

Tarikh Suhu
1 27'C
2 28'C
3 30'C
4 29'C
5 30'C
6 26'C
7 28'C
8 29'C
9 28'C
10 30'C
11 30'C
12 27'C
13 26'C
14 29'C
15 27'C
16 29'C
17 30'C
18 29'C
19 28'C
20 29'C
21 27'C
22 27'C
23 28'C
24 30'C
25 29'C
26 27'C
27 30'C
28 26'C

Cuaca mempunyai pengaruh kecil terhadap kegiatan harian penduduk Melaka Tengah. Kami dapati semasa hujan lebat, peniaga di gerai-gerai dan penjaja tidak menjalankan perniagaan mereka kerana mereka menjalankan perniagaan yang dikendalikan dalam pejabat serta kedai-kedai tidak di pengaruhi oleh keadaan cuaca. Pada hari yang bercuaca cerah, para penjaja kelihatan berniaga di hampir setiap kawasan di Jalan Bukit Cina.


Comments

Popular Posts