Pusat Sumber Tingkatan Enam Sesi 1989/90 Sek Tinggi Melaka
Guru-guru Penasihat : 8
Presiden : 1
Naib Presiden : 1
Setiausaha : 1
Pen Setiausaha : 1
Bendahari : 1
Ketua Kumpulan : 5
Lembaga Pengawas Pusat Sumber Tingkatan 6 Sekolah Tinggi Melaka bagi sesi 1989/90 telah mengambil alih pentadbiran Pusat Sumber Tingkatan 6 mulai bulan Julai 1989. Lembaga ini terdiri 31 orang pengawas termasuk Ahli Jawatankuasa.
Kami telah berjaya mengendalikan pentadbiran Pusat Tingkatan 6 dengan licin di bawah bimbingan guru-guru penasihat. Pusat Sumber telah dibuka pada waktu petang hari persekolahan pada pagi Hari Sabtu demi kepentingan para pelajar Tingkatan 6 MHS. Pusat Sumber juga dibuka pada hari cuti penggal sekolah dengan kebenaran dan sokongan Tuan Pengetua. Semua pengawas Pusat Sumber Tingkatan 6 telah menjalankan tugas masing-masing dengan baik dan penuh dedikasi. Tugas-tugas yang dilakukan adalah seperti memproses buku-buku baru, memperbaiki buku-buku koyak, mengemaskini kad-kad katalog, kerja penyemakan stok dan sebagainya.
Selain itu, aktiviti-aktiviti lain juga dijalankan. Kami telah mengambil bahagian dalam 'Pasar Budi' sekolah. Ekspo Pendidikan Melaka, Hari Perpustakaan pada 25.5.1991, Hari Orientasi pada 15.6.1991 dan Majlis Makan Malam Tahunan pada 20.7.1991. Aktiviti-aktiviti tersebut telah berjaya menjalinkan persahabatan di antara pengawas-pengawas Pusat Sumber Tingkatan 6 Atas dan 6 Rendah.
Akhir sekali, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Pengetua dan Guru-guru penasihat bagi segala sokongan dan kepercayaan tinggi mereka terhadap pengawas-pengawas Pusat Sumber Tingkatan 6, Sekolah Tinggi Melaka.
'Meliora Hic Sequamor'
Sini Terdidiknya Manusia
Setiausaha Pusat Sumber Tingkatan 6
Comments
Post a Comment