Bola Baring Malacca High School


Permainan Bola Baling Olimpik merupakan permainan yang sungguh menyeronokkan.

Setiap pasukan terdiri daripada 12 orang pemain. Pada tahun ini sebanyak tiga pasukan permainan Bola Baling sekolah telah menyertai pertandingan di peringkat MSS Melaka pada 17 Julai, 1989 bertempat di Sekolah Tinggi St. David.

Pada tahun lalu pasukan lelaki bawah 15 tahun sekolah kita menjadi johan tetapi pada tahun ini pasukan lelaki ini telah berjaya menduduki tempat ketiga.

Pasukan lalaki bawah 15 tahun Sekolah Tinggi Melaka diketuai oleh Saudara Halip manakala lelaki bawah 18 tahun diketuai oleh Saudara Bak Belayong dan pasukan perempuan bawah 18 tahun diketuai oleh Saudari Frieda Koh.

Guru-guru penasihat dan jurulatih permainan Bola Baling Sekolah Tinggi Melaka tahun 1989 terdiri daripada Encik Mat Nor bin Mat Dan dan Encik Hamir bin Dahlan.

Semoga pasukan Bola Baling Sekolah Tinggi Melaka akan terus berjaya pada tahun-tahun akan datang. Sekian terima kasih.

Muka surat 168 Optimist 1989


Comments

Popular Posts